Followers

Thursday, February 7, 2013

PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera



Pada Jumaat 18 Januari lalu, ku dan beberapa orang blogger telah menyertai PETRONAS Switch for XTRA Grand Finale Event di G Tower Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi majlis. Ini kali kedua ku sertai Event PETRONAS dan sangat excited ! Terima kasih kepada yang menjemput ku dan blogger-blogger lain ke event ini. Pada Jumaat petang itu ku bergerak ke LRT Ampang Park dan ketemu blogger2 lain ;)


IMG_1980


Event berlangsung di View Rooftop Bar G Tower, oh sangatlah tinggi, belum lagi setinggi KLCC tu dan sangatlah gayat tapi ku okey aje layans. Kami sampai dalam pukul 6pm gitu sementara menunggu event bermula dan menikmati pandangan dari Rooftop G Tower. Sementara itu sempat kami sertai balloon contest, create dialog dalam gambar selebriti dan menangi iPad mini !

Baiklah, PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge adalah salah satu daripada inisiatif pemasaran PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) untuk mendekati pelanggannya melalui laman sosial dan juga turut turun padang melalui aktiviti ini untuk mendidik para pengguna mengenai produknya. Satu perlumbaan maya telah dianjurkan di laman Facebook PETRONASbrands dan boleh layari www.facebook.com/PETRONASbrands




IMG_3844 


64286_477568822302022_925557864_n


Dalam event tersebut artis yg menyertainya seperti Faizal FBI, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Hanis Zalikha ! yang turut menyertai program PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge! Dan Faizal FBI bersama pasukannya menjadi Juara PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge dan membawa pulang hadiah bernilai RM 10,000 !! dan menewaskan selebriti lain, wow terbaik lah !

Ini dianjurkan menerusi laman Facebook PETRONASbrands, kempen selama 3 bulan itu menyaksikan selebriti-selebriti tersebut mengembara ke seluruh negara untuk menamatkan pelbagai cabaran bersama peminat terpilih. Pelbagai pengalaman dan kenangan manis yg dilalui oleh para selebriti semasa menyertai program 'PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge'

Untuk melihat para selebriti beraksi dalam perlumbaan ini bersama 2 orang peminat yg terpilih di dalam perlumbaan ini boleh ke Youtube PETRONASbrands www.youtube.com/thePETRONASbrands. Setiap pasukan telah dihantar pada roadtrip ke lokasi di Malaysia, di mana mereka diperlukan untuk menyelesaikan beberapa cabaran yang menarik.

Selain daripada perlumbaan selebriti ini, penyertaan awam juga telah berlangsung dalam bentuk peraduan "Take a Challenge"di Facebook PETRONASbrands di mana mereka dikehendaki untuk menonton video, menjawab beberapa soalan dengan betul dan menulis slogan kreatif untuk memenangi RM100 Hadiah Kad PETRONAS!



Pada majlis penyampaian hadiah 'PETRONAS Switch for XTRA Road Challenge' Ketua Bahagian Perniagaan Peruncitan PDB, Akbar Md Thayoob berkata PDB mengutamakan pelanggan yg setia dan memberi ganjaran kepada mereka yg telah membantu mengukuhkan kedudukan PETRONAS sebagai Jenama Pilihan No.1 dan sentiasa menganjurkan program ganjaran seperti ini.' Katanya.

Pada musim perayaan Tahun Baru Cina ini, kempen PETRONAS Coffee Break datang lagi ! Fasa pertama akan berlangsung pada 7 hingga 9 February dan fasa kedua 15 hingga 17 February. Kopi dan makanan ringan untuk mereka yang pulang ke Kampung di musim perayaan ini. Sebanyak 33 buah stesen minyak PETRONAS yg terlibat dalam kempen ini.

Okay baiklah, tentang penggunaan PETRONAS PRIMAX 95 XTRA. Ia merupakan bahan api yang menawarkan prestasi yang lebih tinggi dan memberi penjimatan kepada anda! Mungkin ini masa yang sesuai untuk anda “Switch for XTRA” dengan menggunakan petrol PRIMAX 95 XTRA sebagai bahan api kenderaan anda.

Oh selesai sahaja di majlis yg amat gemilang itu, ada sesi temubual, dinner, penyampaian hadiah, dan sesi bergambar. Dan yang ditunggu2 selepas dinner tu ialah mahu bergambar dengan selebriti yang hadir seperti Awal, Scha, FBI dan Hanis Zalikha ! Tak tersangka juga my fav blogger Hanis Zalikha ada dan dapat juga bergambar dengan beliau!

Hanis Zalikha so sweet dan impian bertahun-tahun sebagai blogger untuk berjumpa dengan Hanis Zalikah tercapai serta dapat bergambar lagi tau hehe. Termasuk juga dengan selebriti-selebriti lain. Dalam masa itu, Nisa Kay telah memenangi hadiah untuk siapa Tweet yang terpantas ! ku juga telah memenangi kad hadiah PETRONAS bernilai RM100 !

Dan sangat bertuahnya apabila salah seorang dari kami blogger telah memenangi iPad mini ! untunglah kan tidur malam tak lena hehe. Apa-apa pun terima kasih kepada PETRONAS ! harap program-program seperti mendatangkan manfaat kepada pelanggan dan memberi ganjaran dapat diteruskan lagi dan menjadi Jenama Pilihan No 1 di Malaysia !





Comments (24)

On February 6, 2013 at 8:55 PM , hafiz hafizol said... [Reply to comment]

hebat la Bro boleh pegi event gempak camnie :D

 
On February 6, 2013 at 8:56 PM , Azham Vsvc said... [Reply to comment]

Alhamdulillah, bestnya Eazy!!! lain kali nak join heheheheh :)

 
On February 6, 2013 at 9:48 PM , ✿A I N A A✿ said... [Reply to comment]

wahhh syoknyaaa dapat pergi event macam ni.. yg best, dapat jumpa artis tu.. untungnyaa eazy..

 
On February 7, 2013 at 12:00 AM , nur emilya said... [Reply to comment]

Untungnyaa. Best nya dapat join ~

 
On February 7, 2013 at 9:01 AM , nUR_rOsALiNdA said... [Reply to comment]

Untung awak dik..Hehehehe~ Semoga terus berjaya..

 
On February 7, 2013 at 10:02 AM , hazwan hairy said... [Reply to comment]

pnjgnya ezy wat entry..hakhak...see u next time...

 
On February 7, 2013 at 2:56 PM , Bro Framestone said... [Reply to comment]

Nexttime boleh join lagi...

Awat ruangan komen macam suram je.. kena edit nie

 
On February 7, 2013 at 5:05 PM , mr.syazwan said... [Reply to comment]

untunglaaahh

kerja kastam

dpt invitation petronas

lps ni apa la lg ye

hehehe

 
On February 7, 2013 at 8:25 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

HAFIZ HAFIZOL :
Alhamdulillah ..
biasa2 aje bro hihi
xD

 
On February 7, 2013 at 8:26 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

AZHAM :
insyallah boleh2
hihi

 
On February 7, 2013 at 8:26 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

AINAA :
best dapat orang yg kita nak jumpa sangat2 tu hehehe
xD

 
On February 7, 2013 at 8:27 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

EMILYA ;
first time dapat join hehe
xD

 
On February 7, 2013 at 8:27 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

NUR ROSALINDA :
alhamdulillah
aminn..
thanks akak hehe
xD

 
On February 7, 2013 at 8:28 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

HAZWAN HAIRY :
eh biasa2 aje bro hehehe
xD
insyallah !

 
On February 7, 2013 at 8:28 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

BRO FRAMESTONE :
insyallah

hah
edit macam mana pulok ni hehe

 
On February 7, 2013 at 8:29 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

MR SYAZWAN :
tak tahu lah ..
hanya Allah saja yg tahu
hihi
xD

 
On February 7, 2013 at 10:35 PM , ZWAN SABRI said... [Reply to comment]

Wahhh.. Grandnya siap ada ramai artis.. bagusla eazy sbb always aktif dalam aktiviti2 cenggini.. :)

 
On February 7, 2013 at 11:14 PM , xila dot said... [Reply to comment]

bestla hangpa nohh

 
On February 7, 2013 at 11:23 PM , Maisarah Azmi said... [Reply to comment]

bagusnya aktif join event cam nie...

 
On February 8, 2013 at 6:42 AM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

ZWAN SABRI :
baru aje nak aktif bro heheh
xD

 
On February 8, 2013 at 6:42 AM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

XILA :
best la
dapat menang banyak hadiah hehe
xD

 
On February 8, 2013 at 6:43 AM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

MAISARAH AZMI :
Alhamdulillah
:)

 
On February 9, 2013 at 5:10 AM , Hanih Borhan said... [Reply to comment]

Eh eh Hamis Jalika!!!... Suka tengok dia dlm Mad Markets...

Eh best lah kalau menang Kad Petronas tu,minyak petrol sponsored...haha...

 
On February 12, 2013 at 12:08 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

HANIH BORHAN :

hahahaha...
kan..
i like
xD