MyVi Ezi Purple

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

IMG_2628 

 Seperti mana yang telah dijanjikan pada # Wordless Wednesday  yang lepas jika sesiapa perasan ku ada letak gambar meter sebuah kereta. Nak tahu kereta apa ? Rasanya ramai yang telah tahu, ku aje lah yang terlambat sikit. Ok takpe hihi layans

Baiklah, salah seorang dari rakan ku telah dapat kereta baru, untunglah dah ada kereta kan hehe .. Sebaya pula tu.. Aku bila lagi ? Sedang menanti pekerjaan ni, so sekarang duduk rumah aje tanam anggur haha. Okeh, kereta yang di maksudkan itu ialah Perodua Myvi Ezi purple. Comel kot .. Baru dua bulan pakai.

Tarikh kereta dikeluarkan pada hampir2 tarikh hari lahir ku, dan aku antara orang terawal dapat naik kereta baru dia. Alhamdulillah diberi kepercayaan untuk drive kereta dia, waa cakap sama lu ..Terbaikkkk.. Ini yang membuatku mahu review sikit pasal si purple ni.

IMG_2636 

 Pada mulanya ku drive kereta ini ku rasa agak kekok karena terasa tinggi dan agak kecil sedikit hehe dan steering dia sangat ringan dan mudah untuk dikendalikan. Kekuatan dan kelancaran si purple ni jangan cakap lah, sangat terbaik dan ku sendiri terpikat dan sangat pickup dan very smooth.

Baiklah, bercakap mengenai penggunaan dan penjimatan minyak si purple kadang2 ia bergantung kepada pemandu yang bawa. Kalau pederas laju kereta itu tanpa belas kasihan kat kereta tu ..maka kuatlah penggunaan minyak haha. Bagiku selama drive si purple ni memang jimat minyak. KL - Seremban hanya 2 bar aje turun tau.

Sempat lagi menemuramah si pemilik purple dan berphotoshot sebentar hehe. Pengalaman si pemilik beliau sangat berpuas hati. Ada kisah di sebalik si purple, baru 2 bulan pakai meter da melepasi 10,000 km ! Wow ! Berjalan sakan nampak wahai pemilik hehe.


IMG_2630


IMG_2640


IMG_2642 


 Service pertama dah lepas, bila nak servis kali kedua tak lepas kot karena meter dah melebihi 10k , terus ke third servis. "Akak saya nak buat second servis" ..."berapa meter dik ?" ... "10,000 dah kak" ..terbeliak mata si akak tu haha, "ni kena third servis dik, outstation selalu ke dik?" ..."eh tak lah, kerja di KL aje ..berjalan aje yg lebih hehehe" UNTUNGLA HAHA

Dan menariknya, semata mata nak pergi makan ikan bakar sanggup pecut ke Muar Johor dar KL dan balik ke KL semula selepas makan.. Macam lah kat KL takde ikan bakar ye ? Mungkin kat Muar lagi sedap kot hehe, ke Penang lagi, ke Seremban, fuh memang kaki berjalan. Mungkin penjimatan minyak si purple membuatkan ingin berjalan sokmo :P

IMG_2668 

 Begitulah sedikit review pasal si purple ini, ruangan interior pun sangat menarik dan selesa. Ku suatu hari nanti mahu si kuning Extreme 1.5 paling tidak pun Myvi SE pu jadi lah, tapi si kuning Suzuki Swift Sport tetap menjadi pujaan hatiku.

Owner : @SalehSley
Search twitter cepat hehe

P/s: Sabar menanti job InsyAllah
LAYANS
(>_<)

26 comments:

Kakcik Nur said...

Memang seronok punya kereta sendiri, tapi berhati2lah sentiasa terutama di jalanraya...

izfanora said...

wah, betul2 review ni.. kete baru mmg best klu bw.. hihi.. kn rajin r.. jg kn power..

hazwan hairy said...

wahh kereta baru :-)

Eazy Izzuddin said...

KAKCIK NUR :

baiklah kakcik
thanks

Eazy Izzuddin said...

IZFANORA :
best la ada kereta sendiri
kite x de lagi hihi
xD

Eazy Izzuddin said...

HAZWAN HAIRY :
kereta orang je hehe
xD

Hanida Moss said...

Proud :) Im still using my dad's car. hehe..

Eazy Izzuddin said...

HANIDA MOSS :
untungla
hehehe

Asyraf Arif said...

kemain jauh lagi pergi makan ikan bakar sampai ke muar. kenapa tak pergi batu pahat? hahaha

Eazy Izzuddin said...

ASYRAF ARIF ;
owner nak pergi ke Muar ...
so ikut aje lah hehehe
xD

Mira Maisara said...

wah untung la.. huhu

✿A I N A A✿ said...

masyaAllah, sanggup tu turun muar tu semata2 nak makan ikan bakar.. perghhh.. comel myvi ni, ena dah lama berkenan...cuma, aishhh masih belajar, manalah mampu... huaaaaaa

Siti Rohaida Yusof said...

singgah petang...wa...sangat suke ini purple....erk...sy bukan malas..tapi kurang rajin..hha

Eazy Izzuddin said...

MIRA MAISARA :
member yg untung
hihi

Eazy Izzuddin said...

AINAA ;
kesanggupan hehehe ...takpe asal sedap ...

oh yeke ..
takpe slow2 time kerja nanti :D

Eazy Izzuddin said...

SITI ROHAIDA :
so tambahkan kerajinan itu hehe
xD

Chic Na said...

harap nanti berjaya la dapatkan swift kuning tu ye. :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

myvi memang kereta remaja :D

pi color warna kuning r bro..hahaha

Nick Nashram said...

aku guna saga flx je bro..huhu
berkenan ngan honda civic tp tak berduit lg.

NIA SI DRUMSTICK said...

kita pon sekrang ni tggh tggu anggur nk bebuah..boleh jual plak utk CNY ni..stress!!haha.. jeles tgk org dh ada keta..huhu

aDfeez said...

Kita pkai model sama kaler putih.... die mmg tinggi sket... lg best seat die leh adjust ketinggian... :)

Maisarah Azmi said...

cantik kereta..hehe..btw, good luck untuk keje

ayut said...

tahniah bt kawan tu...ad kete dh..nk tumpang blh??? :p

Azham Vsvc said...

Haha...cantiknya kereta dia....untunglah dah ada kerja hehe!

Jason Ong said...

Hi,

Latest technology/gadget for Myvi owners! Please take a look at this video and tell me what you think. Any interested Myvi owners who are interested, please let me know. Cheers!

http://www.youtube.com/watch?v=97c0owwdFQc

mytayardotcom PJ said...

Nanti kalau awak perlukan tayar baru, cuba website http://mytayar.com

Ada >50 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.