Followers

Monday, December 24, 2012

Sentuhan Kasih Petronas

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




Pada Deepavali yang lalu, ku menyertai  Gotong-royong under program Sentuhan kasih Petronas di Kampung Wellington Manjung Perak bersama beberapa rakan blogger yg buat pertama kali ku berjumpa dengan mereka seperti Yana Yassin, Aku Biomed, Melastik Bintang, Shakiddo dan Ariff Shah

Melakukan aktiviti khidmat masyarakat untuk pertama kali ku join event2 sebegini . Bertolak dari Petronas KLCC seawal paginya dan tiba di Kampung Wellington dalam pukul 10-11 pagi. Thanks kepada bus Kopetro bawa kami pergi dan balik dengan selamat. Lihat dengan kemeriah sambutan Program Kemasyarakatan Sentuhan Kasih Deepavali.

 







Kami di bahagikan ke beberapa kumpulan untuk bergotong-royong membersihkan kawasan keliling Kampung Wellington. Dan bermula lah aktiviti gotong royong menyapu, mengutip dan membersihkan sampah sarap. Aktiviti gotong royong ini juga disertai oleh pelajar-pelajar UTP ( Universiti Teknologi Petronas ) seperti mengecat bangunan, membersihkan sampah dan sebagainya.




Seterusnya, tetamu2 VIP dijemput memasak kuih tradisional Masala Vaday. Percubaan memasak agak baik dengan sekali di tunjuk ajar. Setelah memasak dan merasa, sedap bila di makan panas2. Ku pun mencuba merasa satu kuih vaday. Dan ikuti tetamu VIP mengecat bangunan di tempat majlis berlangsung. Aktiviti seperti ini dilakukan untuk mendalami apa aktiviti harian yg mereka lakukan dan kita rasa apa yg mereka rasa.

Program Kemasyarakatan Sentuhan Kasih Deepavali yg dianjurkan oleh PETRONAS selain mengadakan aktiviti gotong-royong bersama masyarakat. Pada majlis penutup program, PETRONAS mengagihkan sumbangan kepada 142 penduduk yg terpilih untuk menerima sumbangan. Dan diharapkan sumbangan yg telah diberikan dapat meringankan beban penduduk.

Aktiviti gotong royong oleh PETRONAS dan bersama-sama dengan pelajar dr UTP dilaksanakan agar penduduk kampung dapat hidup dengan keadaan yang lebih selesa supaya dapat meningkatkan produktiviti hidup dan kesihatan pada masa akan datang serta aktiviti seperti ini harus diteruskan supaya dapat memberi manfaat kepada komuniti.

Aktiviti yg dianjurkan oleh PETRONAS dapat menghubungkan dan mengeratkan jalinan silaturahimn antara penduduk, PETRONAS dan penduduk serta penduduk dan PETRONAS. Antara VIP yg terlibat adalah Datuk Mohammad Medan Abdullah, (Petronas Group Corporate Affairs Division Senior General Manager), Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, (UTP Vice-Chancellor),  Datuk Chang Ko Youn, (Penasihat Menteri Besar Perak) dan M. Paramasivem, (Ketua Kampung Wellington)

Sedikit temubual saya bersama anak Makcik Kamala, Letchumy yg pakar dalam membuat Vaday (kuih) menyatakan dia berasa sangat gembira dan senang apabila program ini diadakan serta berterima kasih kepada PETRONAS dan harap akan diteruskan lagi bagi tumpuan penduduk kampung dan amat berterima kasih kepada PETRONAS.





 Aktiviti yang diakan sepanjang Program Sentuhan Kasih Petronas Deepavali :
  • Ceramah Kesedaran penyalahgunaan dadah oleh Pengasih dan Bulan Sabit Merah.
  • Aktiviti untuk kanak - kanak Kampung Wellington.
  • Acara memasak kuih traditional masyarakat India Masala Vadai dan Ulutham Vadai.
  • Mengecat dinding dewan orang ramai .
  • Persembahan tarian Indian Alla Rippu oleh pelajar Universiti Petronas Tronoh. (terbaik !)
  • Melukis Henna
  • Menghias Kollam
  • Pameran Mini.






Akhirnya! aktiviti gotong royong tamat, sebelum balik ke Kuala Lumpur, haruslah makan tengahari dahulu untuk menambah tenaga di dalam bas nanti hehe. Sempat juga kami rombongan satu bus dari KL membuat sesi photography untuk kenang-kenangan sepanjang masa. Dapat juga blogger merasa melakukan kerja amal selain menghadap PC aje hihi ...thanks semua





LAYANS
(>_<)

Comments (12)

On December 24, 2012 at 8:50 AM , ZWAN SABRI said... [Reply to comment]

best dapat join aktiviti macam ni.. selain dapat beramal, kita dapat tambah kenalan jugak.. ;)

 
On December 24, 2012 at 1:30 PM , ✿A I N A A✿ said... [Reply to comment]

wow!! bestnyaaaa dapat buat aktiviti sebegini.. dah lama xbergotong royong =D

 
On December 26, 2012 at 3:34 PM , Muhammad Saiazuan Norhalik said... [Reply to comment]

bro kid pun ada ek..

siap dapat baju lagi..hehe

 
On December 26, 2012 at 10:36 PM , Rtp Farra Arisha said... [Reply to comment]

wow. just wow. that's so cool! i wish i could join in other beneficial activities for villagers include both indoor and outdoor with many bloggers. :)

 
On December 26, 2012 at 11:31 PM , hazwan hairy said... [Reply to comment]

yg artu kan?untunglh dpt join..ada blogger femes lak tu..hehe

 
On December 27, 2012 at 6:05 PM , Razil Tahir said... [Reply to comment]

wah! meriah!
Best nya. Nie semua pengalaman yang best kan?
:)

 
On January 8, 2013 at 2:05 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

ZWAN SABRI :
yup betul bro

 
On January 8, 2013 at 2:05 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

AINAA ;
jom bergotong royong heheh

 
On January 8, 2013 at 2:05 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

SAIAZUAN :
baru kenal masa tu
hihi

 
On January 8, 2013 at 2:06 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

RTP FARRA ARISHA ;
come and join us

 
On January 8, 2013 at 2:06 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

HAZWAN HAIRY :
yeahh ...
biasala2

 
On January 8, 2013 at 2:07 PM , Eazy Izzuddin said... [Reply to comment]

RAZIL TAHIR ;
yup sangat best !