My Raya Story 4


IMG_0349
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

masih lagi dengan stroy raya ? harap kalian semua tak bosan la h ea. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan syawal ini, masih lagi terasa sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan open house sana sini. Memang naik lah badan ku dengan open house haha .

Baiklah, My Raya Story 4 memaparkan ku menghadiri ke majlis perkahwinan rakan sekampus ku dahulu masa sama-sama belajar di Unisel, Nurmastura. Ku kenal beliau pun bukan dalam satu kelas, tetapi dalam persatuan yg menemukan kami ..ececeh haha

Majlis perkahwinan yg berlangsung di Tikam Batu Sg Petani Kedah pada hari raya yg ke-empat. Ku sangat teruja untuk menghadiri majlis perkahwinan beliau karena ku tinggal di kampung atuk pun di Kuala Kurau hanya ambil masa satu jam setengah untuk kesana.

Ku  kesana dengan dua lagi rakan sekampus, ku menunggu di Exit Tol Bertam dan gerak sekali bersama Nadia ke Majlis Perkahwinan di Tikam Batu. Setibanya di sana, "kenapa sesak sangat eh jalan sini" kata dalam hati, rupanya Majlis Perkahwinan si Mas yg buat sesak.

Memang meriahlah Majlis Perkahwinan Mas, siap ada pertunjukan silat lagi. Setibanya di situ, kami terus ke bilik pengantin berjumpa dengan Mas, siap bergambar lagi sebelum pengantin lelaki tiba. Mas sebenarnya telah akad nikah awal lagi pada bulan Ramadhan yg lepas dan baru melangsungkan perkahwinan.


IMG_0296


IMG_0301 


Nadia yg kebetulan berbaju purple mengikut tema Majlis tetiba menjadi bidan terjun, menjadi pengapit pengantin perempuan haha. takpe Nadia, itu bermakna hari besar bagimu akan tiba tak lama lagi hehe. Di atas pelamin semasa mempelai tiba, ada satu adegan yg sangat mencuit hati.

Tetiba pabila pengantin hendak duduk dan pelamin itu roboh atau patah rasanya di bahagian belakang. Haha nasib baik pengantin pandai cover baik. Cayalah Mas ! Kasihan pada masa itu, tiada official photographer yg shoot kenangan manis mereka yg hanya di rasai sekali seumur hidup. Kalau lah nikon ku masih ada, pasti akan ku shoot.


IMG_0322    IMG_0374 


Dan tak tersangka pula apabila untuk majlis makan beradat bersama pengantin, ku dan rakan lain dapat makan semeja lagi bersama pengantin. Rakan twitter membalas " hah tak lama lagi tu Eazy naik pelamin" haha adakah itu benar ? haih calon pun tiada lagi nak kahwin dah ish3x :p

Lama juga berada di situ, dari tengah hari sampai ke petang, tapi kami terpaksa beransur juga karena ada plan lain lagi yg harus kami tetapi. Btw kepada Nurmastura dan pasangan (terlupa nama =P) Selamat Pengantin Baru, Kekal hingga ke anak cucu ..amin ...jangan gaduh2..


IMG_0378


p/s: Nadia berkata pabila ku nak bergambar dengan Nurmastura "haip2 Eazy..itu bini orang tu hehe" apekah ?? :P percubaan tulis karangan macam dahulu
LAYANS
(>_<)

9 comments:

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

dah xde mood raya la bro.. tapi mood nak mkn bnyk tu ada la..

Eazy Izzuddin said...

SAIAZUAN :
sepanjang tahun makan aje tau hehe
xD

Edy Fee said...

ehhe kne mintak kebenaran nak amik gmbr gmbr ngan bini org.nnt kene ketuk/ahaha

Eazy Izzuddin said...

EDY FEE :
dah minta ..
kot hehe
xD

Lang Radzlan said...

selamat hari raya..selamat pengantin baru..selamat segala2nya..takpe yg penting amik berkat dulu..kaweh tu bila-bila x pe.. heheh

Eazy Izzuddin said...

LANG RADZLAN :
selamat semuanya hehe ...
betul2x
hehe
layans
xD

Z@i Z@mR33 said...

x lama lg eazy plak leteeeeww :p

Eazy Izzuddin said...

ZAI :
InsyAllah ..
kena cari calon lah hehe
xD

hazwan hairy said...

wahh best lah msih mood raya..sini dh abis raya..haha..