Al Fatihah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Firstly, sedekahkan surah Al Fatihah kepada Atuk tercinta
Arwah Haji Mohamed Nor Bin Daim
meninggal dunia pada 5 February 2012 lalu
hampir seminggu arwah meninggalkan kami
akibat jangkitan dalam darah "sepsis"

Seminggu sebelum
sedang ku naik LRT dr Bandar Tun Razak mahu pulang ke KL
tergerak hatiku untuk call Bonda, bertanyakan siapa ada d rumah
semua ada, dan Bonda beritahu ku satu berita menyedihkan
"Abg, nenek tengah sakit tenat kat kampung"
"ha? padahal baru Tahun Baru Cina lepas kami pulang atuk ok aje."
semua saudara mara dah pulang, kami aje belum ...
Bonda pulang pada Rabu hari Wilayah lepas...
ku berharap dapat lah jumpa atuk
karena busy dengan test dan kelas..
terngiang di telinga, atuk berkata..
"nak balik dr hospital, arwah Opah tunggu di rumah .."

Sehari Sebelum
Alhamdulillah semua telah selesai, ku dapat pulang ke kampung
melihat atuk kesayangan, bersama adik2 lelaki dan ayah .
bertolak dr KL pagi, sampai di Selama Perak pada petangnya
terus kami ke Hospital Selama untuk ziarah
melihatkan keadaan atuk semakin tidak stabil
selalunya dia kenal ku, tapi pada masa itu dia ingat2 lupa.
tiba di rumah, ramai saudara mara, ada abg sepupu buat pengumuman
"siapa nak jaga nenek malam ini di Hospital ?"
ku lihat sepupu sebaya ku volunteer, ku tergerak hati nak volunteer
sebelum ini arwah sakit ku pun ada jaga beliau d hospital.


Dengan kepenatan drive dari KL
terus continue jaga atuk tengah malam dengan sepupuku
lihat dia di jaga dengan penuh belaian dan kasih sayang
atuk asyik terjaga dr tidur, ku dan sepupu menyuruhnya tidur
badannya agak panas, harap tiada apa2 berlaku.
satu malam telah berlalu, ku dan sepupu pulang ke rumah
dah kami ketiduran dari pagi hingga ke petang
almaklumlah tak cukup tidur hihi..

sedar2 sahaja petang ahad itu, agak kecoh di rumah atuk
Bonda kata atuk kena di pindahkan di Hospital Taiping
karena keadaan atuk semakin teruk, aduhai ...
bila malam dalam pukul 9pm begitu ...
Bonda menyuruh kami saudara mara bacakan surah Yassin untuk atuk
semoga dipermudahkan untuk dia "pergi"
kelihatan Bonda menangis, mak saudara yg lain2 berada d Hospital
selesai sahaja ku dan lain2 membaca yassin, mata agak mengantuk
ku terus terlena di ruang tamu hadapan ...

tak lama lepas itu, dalam pukul 1130pm ku di kejutkan Bonda
"abg2 bangun2, nenek dah tiada "
ku dengan blur2 bangun, masa itu tak sedih lagi
tak lama lepas itu rasa syahdu bila mengenangkan arwah
tak sangka malam ku jaga atuk adalah malam terakhir beliau 
lagi syahdu apabila ku broadcast msg bbm AlFatihah kat arwah
ramai yg bagi ku semangat dan sedekah AlFatihah kat arwah
tetiba mengalir air mataku .....


ayah dan mak saudara sibuk kemas ruang tamu
ada yg sebak karena arwah tiada 
Bonda menyuruh kami sepupu membaca Al-Quran
ku sempat habis baca dua juzuk pada malam itu
sedang baca, air mata terus mengalir dan sebak 
tak lama selepas itu, van mayat hospital tiba di rumah pukul 1pagi
ku dengan keadaan berdebar2 melihat arwah keluar dari van mayat
ku dengan yg lain papah arwah dr keranda ke katil
bila angkat arwah, badan arwah masih panas
"baru lagi ni" kata salah seorang di sini 
ku sebenarnya tak beberapa boleh tgk mayat
tapi atuk sendiri kan..buat apa nak takut huk2...


siang telah tiba, memandikan, dikafankan, dan dikebumikan
ku dapat juga berbakti melakukan perkara itu walau sekejap
melihat muka arwah meninggalkan dalam keadaan semua
putih bersih muka, masyallah ....
selamat tinggal atuk, semoga atuk di tempatkan oleh org beriman
amin... AlFatihah
Arwah Haji Mohamed Nor Daim ..1924-2012
beliau meninggal dunia pada usia 88 tahun.

p/s : Al Fatihah.. :") beliau meninggal dunia pada hari Maulidur Rasul, sungguh mulia




12 comments:

Rozuan Ismail said...

Al-Fatihah buat arwah atuk awak

Syazwan Che Deraman said...

Alfatihah utk atuk.

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

Al-Fatihah..
Salam takziah..

aneff.marhfiz said...

semoga roh atok dicucuri rahmat :) banyakkan sedekah surah fatihah dan yasin , moga atok ditempatkn dlm kalangan org beriman di sisiNya .

Liling said...

al fatihah.

Qarr Jalil said...

alfatihah..moga arwah dalam golongan yang beriman dan bertaqwa.

Cik Liza said...

Al-fatihah.. semoga roh nya dicucuri rahmat..

Akulah Pak Lan said...

Al Fatihah buat arwah

Diana @ bilakukatacinta said...

takziah..moga rohNya dicucuri rahmat

::alifdalmim:: said...

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..salam takziah.

Putri Atiqah said...

Al Fatihah.. semoga atuk awak ditempatkan dalam golongan yang beriman... arwah atok awak hadapi penyakit yang sma spt arwah tok sya... ;)

syakey said...

moga rohnya dicucuri rahmat...