Sunday, December 18, 2011
Selamat Tinggal
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Oh Selamat tinggal tempat teduhan ku
OMQ M-55 Engkau telah menjadi tempat perlindungan.
Tempat perlindungan kami sekeluarga selama 5 tahun
dariku habis peperiksaan SPM
dariku tamat Diploma di Universiti
dan sekarang hampir sahaja ku tamat Degree ku
terlalu banyak kenangan indah bersama
kenangan bersama keluarga, teman dan sanak saudara
tempatnya yg sunyi, tenang, aman damai
kawasannya yg lapang.
Biliknya sentiasa lebih dan mencukupi
dan sangat selesa, Di sini juga ku menelaah ilmu semasa final exam
berhibur, tidur dan makan
Pergh ! Ayat macam buat kekasih hehe
kekasih lah tu, rumah ku syurgaku
sedih nak tinggalkan rumah ni
Berlokasi di TUDM Subang Shah Alam
walaupun rumah Quarters tentera, tapi best !
kemudahan lengkap !
Kami Sekeluarga akan atau telah berpindah ke Kuala Lumpur
karena Ayahanda dapat transfer ke KL
tak lah jauh nanti Ayahanda jauh ulang alik
kasihan Ayahanda...
Rumah baru di Quaters Kementerian Pertahanan
atau Mindef Jalan Semarak
Pintu guard belakang boleh tembus Wangsa Maju dan Keramat
Heaven lah aku stay KL nanti hehe.. Sesak !
stay Kondo pun jadilah, besar pun besar !
ada 6 bilik, amat dan terlebih selesa
karena ruang dalam rasanya lebih besar dari rumah sebelumnya
walaupun dua tingkat.. fuh !
Selamat Tinggal Shah Alam
Selamat Datang KL !
tapi, ku masih di Shah Alam
masih study oh di Unisel Shah Alam
menyewa di kawasan berdekatan hehe
jauh kot nak ulang alik :P
LAYANS
(>_<)






















