Followers

Thursday, July 28, 2011

#2 Wordless Wednesday

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera




|
|
|
\/



p/s: Ce Teka Apa yg Sedang Ku Fikirkan :P, pic kurma : sources
LAYANS
(>_<)
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera...
Dapat juga update blog setelah sekian lama tak update blog. Yeay! harini rajin pula nak join segmen. Support kawan ouh! beliau ialah EmanTheHalia, kawan rapat d blog. Hadiah dia pun cukup menarik! Iklan percuma ouh. Selalu iklan kena berbayar. Menarik-menarik.  


Hadiahnya ialah 125×125 percuma selama dua bulan. Ok la kan. Cara-cara nak join :
  1. Buat satu entri “Eh iklan percuma di bilatergigithalia.com?”
  2. Snip/printscreen header Blog ni dah letak dalam entri.
  3. Tulis dua benda yang korang tak boleh lupa fasal blog ni
Okay Firstly perkara yang aku tak boleh lupa fasal blog bilatergigithalia.com ini ialah dengan keunikan domain dia. Tergigit Halia? hmm. Unik kan. hehe. Karena owner blog bilatergigithalia ni sebenarnya tidak suka dengan halia, apatah lagi bila tergigit halia, apa anda rasa? hmm paham2 sendiri lah ea. Aku sendiri tidak suka bila tergigit halia. haha. rasanya lain macam sikit hehe.


Okay Second, fasal blog bilatergigithalia ini, beliau suka update entry mengimbau kenangan lalu. Entry yg aku tak pernah lupa kan ialah entry fasal permainan kanak2 yg kita selalu main pabila cikgu tiada di dalam kelas dan pabila waktu cuti, seperti contoh Card game Happy Family, SNAP, OLDMAID, DONKEY dan lain2, anda boleh klik di sini..-->4 Card Game Selepas Habis Exam Sekolah



Hah, dah klik? mengimbau sejarah lama tak masa sekolah2 dahulu. Tetiba terasa Rindu pula. Best ouh main card game itu, tak jemu2. Kadang2 Tuan Blog Bilatergigithalia.com ni macam boleh baca tau fikiran aku, apa yang aku lalui. Imaginasi n fikiran kami sama kot hehe. Btw, aku dah banyak kali lepak dengan Owner BTH ni, yeah iaitu Mista EmanTheHalia. 




okay. Inilah owner bilatergigithalia.com, kalau korang mahu tahu lebih lanjut about this, boleh klik di sini --> Eh iklan percuma di bilatergigithalia.com. Boleh sertai untuk memeriahkan suasana xD.


p/s: 888 follower, siapakah yg bertuah? xD
LAYANS
(>_<)
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hah! This week no mood for Wordless Wednesday
i dont know why, entah tetiba ketiadaan mood hehe
okay, pada weekend yang lepas
Graduan Aspire 2011 berlangsung di KL Convention Center
Hari permulaan pada hari Sabtu ku tidak dapat hadir.
ada hal, dan ku datang pada hari kedua pada hari Ahad
best! berpeluang bertanyakan peluang pekerjaan..
walaupun ku masih menuntut, tapi tak salahkan prepare awal2..
kebanyakkannya ku bertanya, pointer mesti kena bagus bro..
sempat bertanya di Booth Bank Negara & Maybank
kot2 boleh praktikal di sana hehe xD
selain daripada itu, sempat juga round2




dan lepak di booth 1tube.my
dapat berjumpa dengan Abang Nara or Beautifulnara.com
layans ouh bila MatJepp bagi speech kat depan, excited daku hehe
dapat juga buat iklan sikit dalam Graduan Aspire 2011..
apa aktiviti yg sedang berlangsung pada masa itu
siapa lagi kalau hostnya si Akmal Hilmi..
Cameraman : Eazy Izzuddin (aku lah tu )
play it! xD



p/s : ok tak ok tak? tiada lah aku tanpa host ku akmal hilmi, kalau nak tahu segmen terjah blogger ku lah cameramannya.. xD
LAYANS
(>_<)

Tuesday, July 19, 2011

Contest Saya Dan Kaca Mata !

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

oh lama sudah tidak layans contest ini, 
almaklumlah sejak semenjak ini asyik busy saja
busy kah? haha Contest ini di tag oleh Ame Elms
contest ini memang menarik!
menarik kenapa ea? karena berkaca mata..
saya pun suka berkaca mata..korang?
lihat banner penganjur contest..
comelkan hihi..


Dengar kata, penganjur contest ni baru pertama kali menganjurkan contest
penganjur Contest ini ialah cik LYA IDMA
apa kata kita memeriahkan contest beliau..
ops! sepanjang ku berblogging ni,
satu contest pun ku tak pernah buat
ingat nak buat lah one day..


Cerita di sebalik gambar :-

okay gambar ini di shoot tahun 2010 sewaktu ku sedang shoot satu event makan malam adik ku, dia minta tolong shoot karena biasalah abg dia kan photographer, ececeh, tak pro pun hehe. Shoot di Hotel Kuala Lumpur International if tak silap. Adikku pada waktu itu masih bersekolah di Maktab Tentera DiRaja or Royal Military Collger, semua ditanggung beres hehe.

Ala2 Red Carpet Gitu, pada waktu inilah juga ku berpeluang bergambar dengan Najwa Latif artis Youtube sebelum dia terkenal, ku bertanya siapa yg nyanyi di atas pentas tu, adik ku pun tak kenal, tapi tak lama lepas itu, adik Najwa Latif ini meletup di Youtube dan menjadi buah mulut orang, untunglah :P

so nak tag lah blogger2 yg hensem dan cantik, siapa kah?

p/s: ada lagi pending entry, nantikan..
LAYANS
(>_<)

Sunday, July 17, 2011

#2 Photog Of The Week

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Hmm lama tak update..
ada siapa2 rindu? hehe
okay photog of the week..
memaparkan reaksi wajah teman2 blogger ku
di shoot secara dekat..


ku rasa unik. orang lain pun berkata begitu hehe
so layans










El Kira


Faiz Bidi




photog: Eazy Izzuddin
p/s: terupdate juga hehe
LAYANS
(>_<)

Saturday, July 2, 2011

Kereta + Skuter = Transformers!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pergh! pageviews semalam melebihi 1000++ views, thanks ouh sesiapa yg singgah di Blog Eazy Izzuddin yg picisan ini, ececeh merendah diri pula, harus! tak elok nak meninggi diri pula, nanti Tuhan marah, tak tersangka pula ada banyak views macam ni, pertama kali ouh, ku bukan lah #retis blogger pun hehe :P mereka yg #retis mesti lagi banyak pageviews.


Lama sudah ku tidak update blog dengan cari perenggan begini, asyik update ayat itu ketengah sahaja, karena lately ku kekurangan idea lorh, kena brainstroming cepat2 untuk update ni, ada juga yg bertanya mana style Eazy Izzuddin update blog dahulu? ada yg kerinduan..kerinduan ke? oh terima kasih daun keladi hehe, dengan cara ini baru banyak isi yg boleh di ceritakan.


Okay, pada 29 June lalu, iaitu pada hari Rabu,d MidValley, ku dengan beberapa rakan blogger iaitu @Ery_Farieha @tetaufiq @elmoluya @FIQrazak @amanfirdaus @merazatiMZ aku n @EazyIzzuddin menonton wayang, Transformers! Dark of The Moon, Best ouh! sepatutnya @SyedGraphiX ada join sekali, tapi dia ada kelas, aduh! melepas lagi nak jumpa dia haha.


Semua nama dalam bentuk twitter hehe, senang nanti korang nak follow ke kan. :P Semua tiket booking online, online banking, thanks kepada Ery Farieha dan Aman, tanpa mereka, kenalah beratur panjang dan silap2 fullhouse nanti, melepas lagi nak nonton wayang pada hari tiket harga murah hehe. Student Rm7, biasa Rm13. Bukan 3D pun hehe.


Menonton pada pukul 2.15pm, cerita transformers tu lebih dua jam rasanya, lama ouh! Tapi berbaloi lah juga dapat nonton, sejuk pun sejuk juga dalam cinema, dok tahan saja nak ke toilet hehe sebab takut terlepas adegan2 yg best! Jalan cerita pun best! Dan menarik, kalau korang nak tahu kena lah nonton sendiri, ku saja takmahu bagi tahu takut spoil mood pula kan hehe.

gambar hiasan :P

Habis wayang berlari ke toilet! Sudah tidak tahan haha, masing2 pula sedang lapar, ke Burger King! Tapi ku order float saja, kenyang lagi :P After maghrib camtu masing2 balik ke rumah. Okay! Berkaitan dengan kereta vs skuter! Pada hari itu ku bawa kereta d Mid Valley, almaklumlah cuaca pun macam nak hujan2 dan mendung.


Tak mahu kena basah lah kan, bawa lah kereta, tengok2 sepanjang perjalanan tak hujan pun, boleh saja bawa skuter cute ku Ego hehe. Balik dari Mid malam tu kena bayar parking RM6.00! tertelan air liur kejap. Dah lah tengah budget2 ni haha. Pun bayar sajalah. Balik Shah Alam lalu Federal Highway, sesak yg amat! Aduhai..penat lah kaki ni main brek saja. Mujur auto.


Tatkala sedang tension kesesakan, terlihat lorong motorsikal, mesti mamat2 yg naik motor dah sampai awal ke destinasi. Kalaulah aku bawa skuter harini mest cepat sampai, minyak pun jimat, parking pun bayar RM1 je dalam Midvalley itu.Hmm sekarang ada choice nak bawa mana satu, tapi kena fikir juga keadaan sekeliling. TAK SUKA BAU ASAP! Haha


Nak buat macam mana awak tu dah jadi mat skuter sejati haha. Kereta ku (kereta aku ke?? haha) pun sekarang Ayahanda pakai buat kerja di Mindeff KL, Ayahanda tak kerja lagi d TUDM Subang. Kena posting sana. Rumah pun kena pindah lah juga. Bakal jadi warga KL pula. Tapi ku suka Shah Alam instead KL. PENING! Haha. Bagilah ayah pakai kereta, dia yg bayar hehe.


Oh sekarang kalau nak pakai kereta kena booking cepat2 takut ada family lain yg mahu pakai juga, almaklumlah masing2 dah dewasa ada lesen. Ku tetap dengan mat rempit sejati. Serius! Best naik moto, boleh mencelah, cepat sampai, minyak pun jimat, tapi kalau hujan tak boleh buat apalah. Termenung lah di sesuatu tempat sampai hujan berhenti. :P


Oraits! Lepas ni naik moto sajalah hehe. Bagi pendapat kalian, korang lebih prefer yg mana best?! Skuter or motorsikal atau kereta? Jeng3x hehe. Boleh lah tahu dari pendapat korang pula kan macam mana :P dengan keadaan harini di Malaysia! :P..ops! lupa nak bgtahu, ku masih student University. Tak kerja lagi hik hik hik

p/s: Panjang lebar pula tulis harini, takpa. Yang penting aku puas!
LAYANS
(>_<)
Lilypie Kids Birthday tickers
EaZy IzZuDDiN's OFFlinE!! ,HikS...Selamat Berblogging2 =P(>_<)