Followers

Monday, September 28, 2009

[R]aya-[R]aya!!


Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera Uols

Yeah! Selamat HAri Raya Semua!, MAaf Zahir Batin, masih lagi berada dalam mood beraya, tapi dah mula kelas lorh harini, huk3, akan banyaklah kelas ganti, yerloh, karena mahu cuti raya awal sangat, huk3Tak mengapa lah, beraya tetap beraya, nanti beraya bersama lecture2, dan member2 Uniselian, beraya bersama buku2, assigment2, haha, geetu~



HAri ini entry pendek je kot, insyallah akan update lagi hari2 raya ku kepada kalian, OPen house?, byk pergi, Kenduri?, confirm ade juge pergi, kejadian yg tak patut berlaku pun ada, huhu, macam2 lorh, tunggu, Insyallah..xD

p/s: Selamat Hari Raya!! xD
LAYANS
(>_<)

Sunday, September 20, 2009

[E]-[C]ard [R]aya [U]ntuk [S]emua



Assalamualaikum Wbt & Salam Sejahtera Uols, Salam Lebaran! & Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

Kad Raya diatas dicipta khas kepada semua pengunjung blogku, tak kira lah follower ku or reader ku, Kad untuk semua yg dtg berkunjung ke blog ini, sudi2 lah untuk mengambil kad raya ku ini & tempek di blog Uols. Ikhlas dari ku. Ku sangat menghargainya.



Maaf agak terlambat untuk mengupdate, karena ku baru sahaja mula bercuti, dan akan pulang ke kampung atuk nenek Insyallah pada pagi 1 syawal di Perak, barulah syok blik time pagi raya, boleh makan2 xD

Sesiapa yg pulang ke kampung itu berhati2 lah ea di jalan raya,semoga selamat pergi dan kembali Insyallah, Sekali lagi, Salam Lebaran Maaf Zahir Batin jika ada salah silap, terkasar bahasa ka ;)

Raya E-Card from Bloggers, Thanks! (>_<) :




From Along Arman

From Rizz

From Kak Yana

From RemyDotCom xD

From Pojie

From Nurul Syazana

From Miss Wawa

From Nurul ;D

From Aien's Corner ;D

From Farah ;D

From Asz ;D

From Mawar Berduri ;D

From Eazy ;D

From Kuki Manster ;D

From Kak Mala ;D

From EiPUL ;D


p/s : Jangan lupa mengambil kad rayaku, selamat hari raya!
LAYANS
(>_<)

Wednesday, September 9, 2009

[T]erbaik...=P

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols

Yeah! hampir 20 hari kita berpuasa, sikit lagi mahu sambut lebaran, tak sabar nya, maaf ya jika banyak hari tidak dapat menghupdate kan blog ini n singgah ke blog uols, Almaklumlah bulan Ramadhan sebegini tidur je banyak n membuat peta, hehe, banyak woo peta di bantal =P

Banyak story yg mahu di share tapi tak ter share pun, huhu, camne nih, isk3, minta ampun maaf kak Heze tak dapat join gather berbuka puasa di MidValley last week, ada meeting daaa, huk2, Btw mahu share pengalaman sabtu lepas, ku menemani teman ku ke Kuala Lumpur untuk mencari laptop

Ada pengalaman besh yg berlaku, hik3..



Pagi Sabtu macam biasa ke KL ku lebih suka menaiki tren daripada drive sendiri, park di KTM Batu Tiga, macam biasa juga menunggu KtM berjam2 almaklumlah, lagi2 sampai bersesak2 dalam KTM tuh, huh!, selalu begini, kenapa eh, hurrmmm turun di KL Sentral ke Monorail ke Imbi.

Ketemu lagi 2 orang teman ku di sana Alif n Akim ke Plaza Low Yatt karena temanku Alif mahu membeli Laptop, survey2 mensurvey, yeah! harus survey dahulu harga2 lappy takut tertipu ka apa kan, naik turun eskalator, yeah exercise, hik3 da berkenan lah 1 kedai nih dengan harga yg di harapkan.

Introduce, Alifshah ;)

Nice choice Alif, harga pun ok laptop pun lawa, gift pun ada, kira ok lah, membuat ku jelez juga, hehe, lappy ku sekarang cam ada problem jek, mahu juga tukar lappy baru, tapi sayang lor my baby lappy, ekeke, tunggu la suatu hari nanti :P. Sementara menunggu 1 jam untuk tauke install segala dalam laptop, ke Times Square!

Yeah! Times Square, untuk menonton wayang, Thanks Alif belanja kitaorang nonton wayang, Cerita? Final Destination 4! Gila ah! terbaik punya! haha, just beli tiket dahulu, berkempatan ke Low Yatt semula untuk mengambil laptop baru nya Alif. Begitulah berulang alik sampai mahu longgar lutut, haha


Final Destination, GSC, 2.10pm, JEng3x, bermula movie Final Destination, seperti ku bilang "TERBAIK PUNYE!" harus menonton, sesiapa yg lemah tu seperti ku beranikan lah diri anda untuk menonton seperti ku, hahaha =P

Introduce, ku & Akim ;)

Selesai juga movie itu, haha, kemudian kami lepak2 di kedai Mama Alif di BB Plaza, tak silap nama kedai "Jieta". whoa!.. lepak di sana sambil membelek2 lappy barunya Alif sementara menunggu untuk waktu berbuka, better tunggu berbuka lah karena ku tiada punya energy lagi untuk berjalan, haha, almaklulah puasa


Thanks juga pada Mama Alif belanja kami berbuka puasa. Dan semasa mahu ke Food Court, Alif beritahu bahawa ada artis sekali yg akan berbuka sekali, Siapakah gerangannya, JEng3x! Rini AF7!!, Kiranya Mama Alif menjemput Rini af7 membuat show di ruang legar BB Plaza, Tabik ah! ;)


Selesai berbuka puasa, terus ke kedai Mama Alif, then Rini af7 juga ke kedai untuk bersiap2, salin baju, untuk membuat shownya, sempat juga ku dan teman2 bergambar2 dan sembang2 sedikit sebanyak, Gile ah! 1st time dapat pengalaman sebegini, hehe =P dan menonton Rini af7 membuat show.

Ku pun tidak boleh lama2 di KL karena mengejar train takut tutup ka, tinggal lah ku disana, huhu. Seperti biasa, dari monorail BB, ke KL Sentral, kemudian KTM, aduhai view yg sama ramai orang bersesak dan KTM yg lambat, ohoho, udah letih nih, Alhamdulillah dapat juga duduk...huuuu

Hampir 11 malam sampai di rumah, whoa seharian keluar, fenat woooo, entah berapa kalori dah burn, haha, nasib lah tak kena leter bila pulang, semuanya tidur, yeah! btw thanks Alif ajak, kira dapat banyak pengalaman besh hari itu..=)

p/s: kepenatan & lappy ku problem, huhu
LAYANS
(>_<)

Thursday, September 3, 2009

[T]ragedi...


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols

Pada 31 Ogos 2009, iaitu semalam, yeah! Selamat menyambut kemerdekaan yg ke 52, pagi itu jiran ku menelefon bonda memberitahu bahawa jiran kami telah mengalami kemalangan karena berita tersebut terpapar dalam harian metro 31 Ogos 2009 iaitu semalam, ku terkejut!

Berita selanjutnya, (Source Harian Metro Online)....



"KUANTAN: Seorang pelajar tingkatan dua putus telinga kiri selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora dinaiki bersama keluarganya merempuh belakang kanan sebuah lori satu tan di Kilometer 213.8 Lebuhraya Pantai Timur, dekat Gambang di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu, pelajar terbabit, Maria Zahirah Afifah Zamzuri, 14, kini masih terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan.

Ibu mangsa, Maryaton Kibtiah Abu Bakar, 39, dari Taman Sri Mahkota Aman di sini parah apabila patah tulang paha dan lengan kiri, luka di muka dan masih menerima rawatan di hospital sama.

Suami Maryaton, Mejar Zamzuri Talib, 42, dari Markas Logistik Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, Selangor pula cedera di kepala dan dibenarkan pulang sebaik selesai menerima rawatan.

Tiga lagi anak mangsa, Maria Zafirah Afikah, 12, Mohd Zarif Aqid, 7, dan Maria Zahidah Aliah, 2, masing-masing cedera ringan, tetapi masih trauma dengan kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu kereta itu, Zamzuri mendakwa melihat sebuah lori satu tan seperti berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, sebaik menghampiri kenderaan berkenaan, pemandu terbabit terkejut apabila melihat lori itu bergerak menghala Kuantan.

Katanya, pemandu terbabit cuba mengelak dengan memasuki laluan kanan, tetapi pada masa sama sebuah kenderaan lain datang dari belakang menyebabkan pemandunya cuba memasuki laluan asal.

Beliau berkata, disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu terbabit merempuh belakang kanan lori berkenaan menyebabkan lori itu terbabas dan terbalik di tepi longkang.

“Kenderaan mangsa terhenti di tengah jalan sebelum semua mangsa dalam MPV itu dikeluarkan orang ramai dan dihantar ke HTAA.

“Pemandu lori itu, Salim Ngah, 43, dari Kampung Tetambah, Manir, Terengganu dan rakannya, Tengku Mohd Zailan Tengku Abdul Rahman, 32, dari Kampung Syukur, Dungun, cedera ringan,” katanya."

Sedih juga mendengar khabar berita seperti ini, anak yg putus telinga itu Maria Zahirah Afifah Zamzuri, 14 merupakan rakan sekolah adikku, kasihan, dan jika uols masih ingat entry "BABYSITTER" bonda ku pernah menjaga adik bongsu nya Maria Zahidah Aliah, 2,

Syukur Alhamdulillah cuma cedera ringan, cuma si ibu dan anak itu, mari kita doakan kepada jiranku ini semoga cepat sembuh. Yg pilu juga Proton Exora yg mereka sekeluarga naiki baru seminggu dua dapat, kira kereta barulah, dah accident, takdir.

p/s : doakan jiranku ea semoga cepat sembuh, class begins! xD
LAYANS
(>_<)

Lilypie Kids Birthday tickers
EaZy IzZuDDiN's OFFlinE!! ,HikS...Selamat Berblogging2 =P(>_<)