Assalamualikum WBT & Salam Sejahtera Uols.

Btw Ucap sekali lagi happy belated birthday to Cik Wanie lalink, Semoga panjang Umur & Murah rezki ea, hiks, hadiah? tgg 6/6 ea Insyallah xD, semalam Miss Gaza menyuruh ku membuat test, test apekah?, huhu, rupa2nya speed test, berapa banyak yg anda menaip dalam seminit, huhu, pe lagi, cube lorh.

Mencuba melihat berapa banyak patah perkataan yg ku telah taip dalam masa seminit, huhu, agak2 berapa patah perkataan ea yg aku dapat, teka2, hehe, ku tidak beberapa laju menaip nya =P, malah lihat blogger2 lain yg telah mencuba mendapat lagi tinggi patah perkataan dariku, hiks xD

Laju nye mereka menaip, jeles2 =P, inilah hasil nya dalam seminit..



50 perkataan

Speed test


Huhu, begitu lambat kan?, hiks, ini pun kali ketiga mencuba, bole lah tu, mencuba dari cubaan pertama semakin meningkat ke cubaan ketiga, tapi ada 1 kesilapan perkataan, hoho, mungkin karena gegeh2 menaip nya, haha, so dengar ramai yg telah mencuba, belum mencuba, mari2 mencuba, just click image itu.

Ketensionan juga melanda apabila menaip, haha, yerlo, mesti mahu lebih daripada itu kan, huhu, tp ku dah lakukan yg terbaik, Okay sesiapa yg mempunyai masa lapang jangan lupa untuk mencuba speed test ini, huhu, ( kekurangan idea skit, wat entry ni pun jadila erk =P )

Detik waktu sedang berbilang untuk ku kembali ke Campus, lagi beberapa hari saja, Ayyak!, cepatnya masa berlalu, huk3, bz lah jawabnya, ohoho, huhu, =P, xD, HA! cakap pasal blik sem, RESULT EXAM sudah keluar, HUHU


TADAA...resultku, biasa2 aja, klik ea untuk lihat lebi jelas =P, tapi syukur Alhamdulillah LULUS gempak geetu~, ini adalah berkat doaku dan ayahanda & bonda, ok le 2, karena subject ku ambil semester lepas tersangat lah susahnya, ingat adelah repeat, tp sume B, ok le 2, CGPA pun tingkat, Alhamdulillah syukur2 padaMU =D

p/s : Ku sudah lakukan test ini ea Miss Gaza, hik2, amacam? okies, yg lain cube2 ea, nanti beritahu...=P
LAYANS
(>_<)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols.

Akhirnya sampai juga surat jemputan yg di kirim kan oleh cik Wanie, sampai rasanya dalam hari Khamis last week, tapi sebelumnya, dok menunggu juga postman hantar surat di depan rumah, kalau ada pun surat untuk ayahanda & bonda, huhu, Kata Cik Wanie die da post last week lagi.

Aish abang postman berchenta kot untuk hantar surat ke rumah ku, kemain lambat hantar surat ni, slalunya hantar semalam, harini da sampai, huhu, ada juga perasaan was2 kalau2 Cik Wanie silap tulis address ka, kalau tak sampai tak pergilah aku, hehe, Aish, insyallah harus pergi xD

Hari Khamis tu dalam tengah melayans blogs...



Adekku menjerit, Abang!! ade surat untuk hang nih! da sampai!, ku fikir surat apakah yg sampai itu, tengok sampulnya kebiruan biruan, warna kegemaran geetu~, lihat atas surat tertulis MISTA EAZY IZZUDDIN, aha surat untuk akulah itu, open2 surat jemputan dari Cik Wanie, kemain chantek & diva geetu~ hehe


Wah! kad yg sungguh chumel dan chantek! lagi2 Cik Wanie berposing2 dengan warna kebiruan biruan geetu~, nice la Cik Wanie, hehe, lain kali ku mahu juga buat kad jemputan sebegini, hehe, Insyallah jikalau tiada pape, ku akan sampai ke Majlis Hari Jadi Mu...xD

OH lupa, Esok 26 May Birthday Beliau! Selamat Hari Jadi!! Semoga Panjang Umur n Murah Rezki ea, sebenarnya kad Jemputan ini sempena menyambut Hari Jadi beliau, hiks, Thanks Cik Wanie karena menjemput, Luv Yah so Much! =D

p/s : Insyallah akan tiba, btw ku tidak rakus membuka sampul surat sampai terkoyak seperti Qiellah, hehehe, jangan mare cepat tue taw, ekeke =P
LaYans
(>_<)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols.

Yeah My Bloody Valentime, cerita paling horror yg pernah ku tengok, huhu, bukan mahu ulas story nih, tapi dengan siapa ku nonton wayang cerita My Bloody Valentine ni, hehe2, yeah, seperti mana yang di katakan, ku keluar menonton cerita ini bersama Pwincess Aja & Fiza.

Pwincess Aja yg 1st time berjumpe di Sunway Pyramid, karena ketika itu menyambut 60 Earth Hour bersama bro Framestone & kak Atie, kebetulan bro framestone mengenali Aja & terserempak di situ, masa tu x kenal lagi, selepas itu, bro bagi link blog Aja, berinteraksi & exchange link, exchange phone number, mahu juga nonton movie, then ke temu la tika ini =P

Bertemu & menonton wayang di...



Sunway Pyramid, yeah tempat 1st bertemu secara tak sengaja =P, hiks, ku bertolak dari Unisel, Aja dari Collegenya, masing2 tersekat dalam kesesakan lalulintas, rasa2 ku sampai dahulu, hehe, bertemu lah di tempat pawagam, ingat mahu nonton Talentime, tapi lihat waktu, nonton My Bloody Valentine sahaja lah deh..xD


Then ke Surau, sholat2 lor, sholat Magrib, ku sudah, mereka sahaja belum, menunggu lah, hiks, biasa lah kalau lame menunggu, almaklumlah wanita kan, hehe, jangan marah Aja =P, xD, Selesai, ke Jusco, nampak gaya semua dah makan & tak lapar geetu~, beli sahaja makanan ringan2 sambil jalan2 dlm JJ

Aja Bersama membernya Fiza xD

Aja sangat suke pada Hello Kitty, hehe =P

Bila nampak sahaja bahagian Jeruk2 @ Asam2, Aja paling suka, katanya lame tak makan, huhu, btw masa tu Aja baru ja Sehat dari sakit gastrik kot, Nak makan bende2 berasid ni cam jerok2, ohoho, Ku+fiza(member Aja) menghalang sekeras2nya Aja dari beli, Kot sakit balik, hiks, nah! Sebekas beli Jeruk@asam2, haha =P




Akhirnya cari roti, beli benda2 ringan2 yg boleh sorok dalam beg nak makan dalam cinema nanti, haha, macam2, nasiblah bila masuk pekerjanya tak perasan, memang sedap lah makan dalam cinema, haha, OPs! tapi sebelum masuk, harus! bergambar dahulu kat tepi2 poster tuh, hiks xD, blogger tegar katakan =P




Menonton lah wayang cerita My Bloody Valentine yg begitu horror, hiks, tapi kesempatan lagi bergambar dalam cinema, haha, agak gelaps, tp ok la 2, menonton2 sambil menikmati makanan2 yg telah di beli sebelum masuk, hiks, len kali wat camni lagi lah =P xD, Movie yg besh! ok la, ku bagi 3.5 star ok?, haha


Selesai, huhu, jam menunjukkan pukul 11 lebey malam rasanye, lihat semua kedai sudah close, lewat pun lewat, ku menghantar Aja & Fiza blik ke Kelana J??, hehe, nasib la tahu jalan ( sebelum 2 google earth dahulu, baru thu jalan, ekeke ) kalau tak sesat lah malam tu, ku pun bergegas pulang ke Shah Alam, dekat ja =P

Begitu la story kami, pertemuan yg sangat Unik & Special case, berjumpa bertentang mata dahulu, barulah berinteraksi dalam blog, aish, pelik2, sepatutnya berinteraksi dahulu dalam blog, chatting2, baru ketemu, sudah terbalik la...hiks2, ok le 2, btw Thanks Aja sudi hangout with me..Thank You So much!

p/s : story da basi baru nak post, haha, hangout ngn Aja kira2 sebulan lebih yg lepas x silap, Aja ok x?, de yg tertinggal?, hehehe
LAYANS
(>_<)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols.

Sekali lagi ku ingin ucap bebanyak terima kasih kepada blogger2 karena banyak memberi ku support dan mengsedekahkan Surah Al-Fatihah kepada arwah adik kesayangan ku Nur Alisa Maisarah pada entry yg sebelum ini, huhu, terima kasih sekali lagi!, semoga Allah SWT membalas jasa anda. =)

So cute picca di sebelah, hiks, ini lah rutin harian ku jika tidak keluar ke mana2 or hangout with my friends, Rutin harian ku jadi baby sitter! di rumah, haha, menolong bonda menjaga, bondaku mengambil upah menjaga anak2 yg sangat chumel ini tatkala parents mereka bekerja di siang hari..

Ok le 2, tak sunyi lah rumah dengan adanya anak2 chumel ini....



Apabila menjaga anak2 chumel ini di rumah, hilang lah rase kesepian bonda & rumah, ibarat bonda menjaga arwah adik dengan seikhlas hati untuk menjaga anak2 chumel ini, ku juga turut membantu bonda menjaga anak2 chumel ini, hiks, karena mereka sungguh chumel ku panggil anak2 chumel =P

Bonda menjaga 3 anak2 chumel ini, seorang baby boy and two more baby girls, seorang baby boy and baby girl adalah adik beradik, mmg sangat chumel, cute!, putih & like chinese, hehe, lagi sorang baby girl, cute, anak bongsu rasenye, suka dengan telatahnya yg suke menari bila dengar bunyi muzik, hiks

Antara anak2 chumel ini...

This's Suzan, hiks, anak2 chumel yg sungguh chumel, hehe, Suzan sangat suke ku membawanya ke taman permainan hanya di belakang rumah bila petang menjelma, hmmm...nampak saja ku, malu2 kucing, ku tahu...mahu di bawa ke taman la tu, hiks, Suzan walau kecil tapi banyak bercherita, So Cute! =P


This's Iman, hihi, tadi kakaknya Suzan, bonda kata wajah Iman nampak seiras masa ku kecil, haha, korang rase??..hehe, Iman ni sangat pemalu, selalu ja berkepit dengan bonda, bila nampak ku ja nak nangis, haha, kadang2 ok ja, sebab tu boleh snap pic ni, hiks, masih bertateh jalan, baru2 nih laju die berjalan, hihi, So Cute! =P


Anak2 chumel terakhir is Alia, hiks, sangat chumel & mudah mesra dengan ku, apatah lagi melihat telatahnya yg suka menari apabila ku memasang muzik rancak, gelek sane gelek sini, hihi, gembira melihat telatah anak2 chumel ini..Kadang2 bonda memakaikan pakaian arwah kepada Alia, memang mengingatkan kembali.... So Cute! =P

Hiks, seharian melayan telatah mereka sehingga ku kepenatan dan mereka juga, hihi, tapi kadang sunyi karena anak2 chumel ini suka sangat tidur, hihi, yerlo..untuk tumbesaran mereka juga, Sudah hampir 5 bulan mereka di sini ( Bonda mula menjaga awal tahun )cuma weekend ja tiada, yerlo cuti kerja kan, bonda juga perlu cuti, hehe

Sekian untuk entry hari ni, huhu, nak hangout keluar..tak leh..huhu =P xD

p/s : menjaga anak2 chumel ni teringat kepada arwah adikku tersayang, huhu
LAYANS
(>_<)

[B]aby [S]itter

by on 11:59 PM
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols. Sekali lagi ku ingin ucap bebanyak terima kasih kepada blogger2 karena banyak memberi ku ...
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Uols.

Seperti mana yg dijanjikan Joe, ku sertai contest yg dianjurkan oleh Joegrimjow, ItS All aBOUt jOUrnEY hiks, contest about memori kamu yang kamu ingat sampai sekarang, yeah, huhu ade 1 kisah yg masih segar di ingatan sehingga sekarang, bila di kenang kembali, air mata mengalir, huhu (aish semua cerita sedey jek xD)

Ku teruskan, hiks, Joegrimjow ada bagi idea untuk menulis, terbaca kisah Joe yg teringatkan kepada Arwah Ayahandanya, =), ini telah memberikan ku sedikit idea untuk menulis, ku juga telah kehilangan seorang insan yg paling ku sayang, Arwah adek, Nur Alisa Maisarah Roslan, huhu

Okayh, kisah bermula sekarang (Joe, take note,he2 =P)...



Ku Tatap Gambar Wajahmu..
Sinar Mata Itu..
Lirik Senyumanmu..
Pesona Yang Membelai..
Wajahmu Bercahaya..
Memberi Bahagia..
Tiap Yang Memandang..
Hati Jadi Salju..
KAU TERLALU ISTIMEWA..

Bait2 lirik nyanyian penyanyi kesayanganku Adibah Noor tiba2 berkumandang di corong radio di suatu petang yang mendamaikan, mengembalikan nostalgia ku kepada arwah adindaku Nur Alisa Maisarah Roslan yang telah pergi menyahut panggilan illahi kira2 hampir 4 tahun yang lalu...

Tanggal 23hb November 2006, suatu tarikh yang tak akan pernah luput di ingatan kami sekeluarga terutama ayahanda dan bondaku. Lebih2 lagi bondaku yang tak jemu2 berada disamping Alisa disaat2 awal hingga nafas terakhirnya. Lisa mula dikesan menghidap penyakit kegagalan buah pinggang kronik 2 minggu selepas meyambut ulangtahun kelahirannya yang pertama.

Masihku ingat pada 28hb Dec 2005, tiba2 pagi itu keadaannya seperti terkena sawan. Aku & bondaku bergegas ke HUKM bahagian kecemasan, setelah di berikan rawatan kecemasan , sampel darah diambil, akhirnya Lisa disahkan mengalami kegagalan buah pinggang. Kami bagaikan terpukul!, sedih mendengar berita tersebut. Apalagi ketika itu ayahanda tiada bersam kerana bertugas di PBB berpusat di Mindanao Filipina. Ketika itu juga Lisa dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lebih rapi.


Tiba2 hatiku bagaikan terpanggil, sebagai abang sulung dalam keluarga, tugas ku untuk memberi semangat kepada bonda dan adik2 sebagai pengganti ayahanda tika ini. Namun ku bangga mempunyai ibu yang begitu tabah dan kuat semangat walaupun jauh di sudut hatinya sedih. Itulah semangat isteri seorang Pegawai Tentera. =)

Berbagai cabaran kami harungi tanpa ayahanda (hanya pulang bercuti 2 minggu saja dalam 3 bulan). Sepanjang tahun 2006 ibu sering berulang alik ke Hospital untuk Dialysis adek. Adakalanya Lisa perlu berada di hospital selama 1 bulan @ 2 minggu, bonda terpaksa meletakkan kereta di hospital sehingga di benarkan keluar. Bonda akan pergi & pulang sendiri. Tugasku di rumah menjaga 4 lagi adik-beradik yang masih bersekolah, untung ada emak saudara yang datang menjaga.

Tahun 2006 merupakan tahun ujian yang sangat besar Allah turunkan bagiku karena tahun itu ku menduduki Peperiksaan SPM. Bayangkanlah sepanjang tahun itulah, ayahanda tiada bersama, adinda bongsu pula sakit, namun ku kuatkan semangat!, sebagai anak sulung, banyak harapan yang terletak di bahuku, huhu

Hari2 yang berlalu begitu pantas, Lisa di layan dengan penuh kasih sayang oleh bonda & kami adik-beradik. Kami bergilir-gilir membersihkan bilik bonda tiap hari, bagaikan bilik di hospital karena Lisa perlu menjalani rawatan APD ( Peritoneal Dialysis ) dirumah selama 10jam bermula 8pm hingga 6am. Keadaan bilik perlu bersih tanpa habuk, tangan perlu dicuci bersih sebelum rawatan bermula. Bonda yang tidak jemu tanpa merungut merawat Lisa. Sesekali ku akan membantu, begitulah rutin harian kami.


OGOS 2006, Ayahanda selamat kembali ke Tanah Air setelah tamat bertugas di Filipina selama 1 tahun, huhu. Tugas bonda semakin ringan dengan adanya ayahanda disisi. Ayahanda begitu gembira kerana tidak lagi berjauhan dari kami sekeluarga. Masa ayahanda di rumah mencurahkan kasih sayang terhadap Lisa. Ayahanda seolah-olah ingin membayar masa semasa ketiadaannya. Sesekali riak kesedihan jelas terpancar di wajahnya.

Masakan tidak, sekian lama ayahanda menati kehadiran seorang lagi Puteri kecil dalam keluarga kami, tapi Allah SWT memberikan UjianNya. Sebelum itu, ku mempunyai seorang adik perempuan di bawahku (no.2) dan 3 adik beradik lelaki, dan kemudian barulah Lisa hadir menyerikan kehidupan.

Nur Alisa Maisarah, sebuah lagi nama yang indah, seindah wajah comelnya, redup matanya membawa seribu makna, tingkahnya lembut & jarang merenget seperti kanak2 lain. Kata Bonda, Lisa seorang anak yang tidak banyak ragam semenjak dari dalam kandungan hingga kelahirannya. Semua yang dilalui bonda bersama Lisa dipermudahkan oleh Nya.


RAMADHAN 2006, adalah yang terakhir kami bersama Alisa. Sepanjang Ramadhan, Lisa lebih rapat bersama ayahanda sehingga adakalanya menyuakan makanan ke mulut ayahanda. Kata bonda, beliau sengaja membiarkan ayahanda melayani Lisa sesungguhnya. Sepanjang 3 bulan semenjak kepulangan ayahanda, masa banyak dihabiskan untuk Lisa. Masihku ingat lagi sewaktu merancang untuk menyambut Aidilfitri di kampung, bonda begitu keberatan memandangkan keadaan Lisa karena suasana kampung tidak sama seperti di rumah, banyak risikonya. Ayahanda mencadangkan untuk menginap di Rumah Rehat sahaja. Alasanya karena lama sudah ayahanda tidak beraya di kampung semenjak 1 tahun ketiadaannya. Bonda tawakal sahaja. Tapi naluri seorang bonda sentiasa dapat merasakan sesuatu...


Masihku ingat lagi di pagi lebaran, Lisa mula menunjukkan ketidakselesaannya. Lisa mula batuk2 dan muntah2. Ini memandangkan malam sebelumnya Lisa menjalani rawatan di rumah TokWan ( Rumah Ayahanda ). Kami bertawakal dengan membersihkan bilik tersebut. Selama 2 hari di kampung, bonda mengajak ayahanda pulang ke Kuala Lumpur karena keadaan Lisa yang semakin kurang bermaya. Ayahanda akur, Tiba di KL bonda segera membawa Lisa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur). Pagi sebelumnya merupakan hari terakhir Lisa di rumah. huhu =(

Malam itu juga Lisa tidak sedarkan diri hingga di masukkan ke ICU. Saat2 itu jugalah peperiksaan SPM hampir tiba. Bonda kuatkan semangat ku disamping mendoakan kesihatan Lisa. Selama 3 minggu Lisa di ICU dalam keadaan tidak sedarkan diri. Bonda tidak pernah merenggang darinya. Doa bonda dimakbulkan Allah SWT, Seminggu sebelum pemergian Alisa , bonda sempat bersama Alisa , dapat melihat Lisa senyum ( walaupun keadaan separuh sedar ) seketika, dapat membelai, tidur bersama dalam pelukan. Ini karena sebelum di ICU kami hanya melihatnya sahaja.

Apabila keadaan stabil, Lisa dipindahkan ke wad biasa. Kata bonda, beliau redha jika Tuhan mengambil Lisa daripada melihat kesengsaraannya di kemudian hari, karena ketika itu, otak Lisa tidak berfungsi walaupun matanya hanya dapat melihat dengan 1 pandangan sahaja. Lisa mengalami jangkitan paru2 serta buah pinggang kronik & ingatanya kabur, huhu kuatnya semangat adekku menghadapi semua nih, huk3 (T-T)

Hari pertama ku menghadapi Peperiksaan SPM, ku buat bersungguh2. Hari kedua pula tiada kertas ujian. Jadi ku mengambil kesempatan untuk menziarahi Lisa di hospital. Tapi alangkah sedihnya & sebaknya........ Sebaik sahaja sahaja tiba di wad, bonda memberitahu ku Lisa baru sahaja 'pergi' ......menyahut panggilan Illahi,.......(speechless)=(( hanya beberape minit sahaja sebelum ku sampai............peluk bonda sambil menangis teresak-esak.

Ayahanda ketika itu berada di Melaka bersama adik-beradik yang lain karena menghadiri mesyuarat di sana. Namun ayahanda tidak sempat menghadirinya karena berita sedih tersebut, huhu, baru semalamnya ayahanda ke sana. Ketika ku membacakan Yassin buat arwah adek, tetiba air mata mengalir membasahi pipi, melihat pelawat & nurse dalam wad bertalu menemui bonda, memeluk, menangis & ucap takziah pada bonda..ku sangat sebah, sedih & terharu...Tatkala mencium dahi Arwah Lisa yg begitu sejuk, dan raut wajahnya seperti lega lepas dari kesakitan yang di alami.......=((

Nur Alisa Maisarah dikebumi kan pada malam itu juga, malam Jumaat...Kami sekeluarga di berikan kesempatan memandikan arwah. Arwah 'pergi' menemunya Nya ketika umurnya 1 tahun 11 bulan, 3 minggu lagi menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-2 pada 13 December...Keesokkanya peperiksaan EST ( English for Science & Technolgy ), ku berusaha juga untuk menjawab walau dalam keadaan sedih dan sebak, Habis exam, ada teman2 ku yg tahu perkara yg berlaku ramai2 memberikan semangat dan membuat tahlil kecil di Surau Sekolah...Sungguh terharu....

Seperti mana bait2 awal & akhir, lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor itu yang begitu menyentuh hatiku dan bonda memaparkan situasi Alisa dan Peribadinya......

Kau Terlalu Istimewa..
Kasih dan Sayangmu Terpancar..
Seikhlas..
Tiada Batasan Terus Membara..
Terkilan Rasa Jiwa..
Inginku Lihatmu Dewasa..
Apa Daya,
Tuhan Lebih Menyayangimu..
Ku Pasti Kau BerBahagia..
Duduk di SampingNya..
Tak Tertanggung Rindu..
Mendengar Suaramu..
Tawa Mengusik Jiwa..

Sesungguhnya ada hikmah & nikmat yang Allah SWT hendak sampaikan kepada kami sekeluarga. Dan dengan kehadiran Nur Alisa Maisarah untuk seketika ini adalah anugerah yang paling berharga dan penyeri hidup untuk kami sekeluarga. Kehilangannya masih dirasai. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Nur Alisa Maisarah yang kami rindui....AL-FATIHAH...

P/S : sedih bila menaipnya, alhamdulillah...selesai jua menaip....
LAYANS...
(>_<)

Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera Uols.

Hari ini nak settle kan tag yg simple dan menarik!, tag mengenai zaman kanak-kanak Ribena dulu, hehe, untung juga ku dapat tag ni dapat tunjuk zaman kanak2 riang aku dahulu, ekeke..kerinduan masa kecik2, =P Thanks so much to Ayahanda & BOnda karena membesarkan ku dengan sempurna sekali..xD

Jangan marah ea kepada sesiapa yg aku hutang tag mereka, ehehe, ada beberapa keperluan tag ini, ops aku di tag oleh Cik Anis!(thanks la bg tag nih, hehe =P), menggegeh2 mencari pic2 dahulu dalam almari album sampai bonda pun bising, ehehe

Jeng3x....



1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!
Cik Anis yg Chantek & Cute!..hehe

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu.
Yeah, this's the pic, mase kecil yg chumel & cute2, jealous!...xD


1st pic, time nih mase2 baru lahir, tembabnye!, ohoho =P


2nd, masa pandai takteh jalan2, bape kah umo mase nih?, ohoho setahun rasenye, D



3rd, di tepi air pancut, mase umo 1 tahun, pic di sebelah nye mase 20thn, ekeke, bln 12 lepas melawat semula Kem Lapangan Terbang Sg.Petani, lihat zaman babyku di situ, byk perubahan kata bonda..xD


4th, Pak Aji Eazy Izzuddin, ekeke...di rumah atuk, Perak



5th, Di tepi pantai, whoa!, lame rase tak pergi ke pantai, huhu...xD


6th, Argh!, di gigit!, hiks, mase umur 4 ke 5 tahunklu x silap..xD


7th, Baju Melayu Hijau!, xD......kenangan rumah d Kuantan, ohoho


8th, Hiks, joms main d playground =P, xD


9th, Yeah masuk skola darjah 1, hiks di Ipoh, huhu, teka mana satu ku?..hehehe


3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)

* masa umur 6 tahun x silap, luka di paha, main turun batang gelongsur besi, cam bombe dok turun nk menyelamat, terkena paku kat kayu tu meleret di paha, mmg luka dalam sampai berparut hingga kini, nk pi klinik jahit, takot. haha
* masa sekolah agama asyik kene buli jek, tapi skola rendah aku buli dorang , ekekek =P
* banyak dapat piala dan hadiah setiap sukan tahunan, hehe
* Kehidupan masa kecil asyik berpindah randah, almaklumlah ayah tentera, naik pangkat je pindah, huhu, dah macam2 negeri pernah tinggal dan bersekolah, ohho
* ohoho, mase kecil yg nakal kene hukum tido luar akibat balik lewat bermain d taman, alah, kejap je, then buat muke sedih, dapat masuk, yes!..hehe

4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil...
Emy or Amy ( panggilan sanak saudara, atok nenek, dan len2, dlu smpi skang, haha, yerlo, my last name kan HELMI =P )
Abg@Izzuddin@Judin ( panggilan ibubapa n adek2 )
Eazy ( yeah!, panggilan setelah dewasa, ekeke)

5) Tag kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!!
Siapa erk!. Ha! sesiape blogger nak menayang wajah2 yg cute mase kecil, silalah jawab, then bagi tahu ku ea =P
xD

Hmm...teringat kisah2 lalu, Ha!, bila teringat kisah2 lalu, teringat pula di BLOG JOEGRIMJOW ada membuat contest!, contest about memori kamu yang kamu ingat sampai sekarang, untuk maklumat lanjut, anda boleh klik ini [KLIK] untuk ke blog Joe, jom sertai bersame xD, Hadiahnye menarik..



Btw, Today Is Pwincess Aja Birhtday!!,
Happy Birthday Pwincess Aja! Moge Panjang Umur n Murah Rezki Ea, Yea Yea dah Tue, ekeke, Blogger2 sekalian, wish to her!, i'll already link her blog, pasti die suke =P, ada kisah unik berlaku antara ku dengan beliau, apa dia?, tgg..=P


p/s : Btw Joe, Ku sedang dalam perjalanan menaip kisah2 yg ku ingat sampai sekarang, tak lame lagi akan di publish kan...ekeke...tgg...
LAYANS
(>_<)

UPDATE


Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera Uols

Hiks, yeah!, sekarang musim ber awards! bak kate kak Heze, hehehe, yups, rasenya baru bulan lepas buat entry pasal Awards nih, dalam masa sebulan nih, byk juga ku dapat Awards!, Yeah!, Alhamdulillah!, thanks kalian yang telah memberikan ku Awards2 ini

Ku terasa amat terharu sekali dan terasa sungguh di hargai, sejak berblog ini, byk sungguh blogger2 yg ku kenal, semuanya baek2 belaka hiks, besh berkawan dengan mereka, Agains! thanks 4 the Awards, i really appreciate! ...

Antara Awards2 itu adalah......



This Awards came from QILLAH!!, the really happening friends!!, hiks, pertemuan pertama di Ulu Yam lah, tapi bila dah bertemu ibarat jumpa kawan2 lame, memang happening la Qillah!, Gile2 geetu~...=P..thanks Qilah 4 the Awards! Luv Yah! Thanks be my sweetiest friends! =P


Next Awards came from POJIE!!, yeah, awards yg dibuat khas karena entry beliau telah mencapai yg ke 200, hiks, Ku baru sahaja 100, ekeke, ok le 2, 1st perkenalan dgn Pojie dalam blog dan web Geng Sayap, kemudian 1st ketemu di Pavillion menyambut birthday beliau, Pojie seorang sahabat yg periang dan boleh menghappeningkan keadaan, hehe, dan juga baek hati...hiks, Luv Yah!, Thanks be my sweetiest friends! xD



NexT Awards cam from RIZZ!, Yeah awards yg direka khas karena menyambut entry beliau yg ke 500!!, fuh!, lagi dahsyat!!, Rizz mmg seorang sahabat yg besh!, byk story beliau di blog, hiks, perkenalan juga dari blog until 1st pertemuan di Ulu Yam, hiks, tinggi juga ya Rizz, lebih tinggi dariku, hehe, jgn mare...=P Luv Yah!, Thanks be my sweetiest friends! xD






This Exclusive Awards cam from NADHIRAH!!, wah!, begitu banyak sekali awards!, ini yg ku suka, award byk sekali 4 si Nadhirah bagi, walaupun baru juga berkenalan dengan beliau di blog, tetap mesra geetu~ =P, Thanks again Nadhirah 4 da Luvly Awards, Luv Yah! Thanks be my friends! =P xD



Hiks, Yeah!, cute awards! from PIKOK!, hehe thanks kamo for the awards, awards nih diberikan kepada semua followers2 beliau, hiks, banyak nye awards yg ku rangkul, ekeke, Luv Yah! Thanks be my friends! xD



Next Awards came from MISS HAZZY!, yeah, thanks kamo 4 da awards, hiks, so beatiful this awards, tapi ada tag dier lah, ohoho, bab2 tag cam malas skit, hutang dulu ya Miss Hazzy, ekeke, Luv Yah!, thanks being my friends! xD



This Lovely Awards came from MISZ FARAH!! thanks Farah, awards yg direka khas oleh beliau untuk follower2nya, yeah, i will follow you, hehe, Luv Yah!, Thanks be my friends! xD



The next Awards came from PWINCESS AJA!, yeah, ku sentiasa mengfollow kamo, hiks, awards yg begitu chantek!, ada kisah unik berlaku, 1st time berjumpe bersua muka, kemudian baru lah berinteraksi dengan beliau di blog, hiks..Pelik2, thanks god i found u, hehe, Luv Yah!, Thanks be my sweetiest friends! xD



The next awards came from YANIE!, thanks kamo 4 da awards, walaupun seriusly ku baru mengenali kamo, you're really friendly!, hiks..thanks be my friends! xD



This Awards! from Pikok & Miss Ungu Violet, alhamdulillah dapat awards ni dari dua org blogger, hiks, very nice awards like a real one, hehe, truly friendship from Uols,



Alhamdulillah, dapat lagi awards, awards ni dtgnye dari Bro Mie!, Thanks bro, karena ku setia berkunjung di blog nye, hehehe...thanks be my friends! xD



Fuh!! Dapat lagi awards!, hiks..kali ini datangnya dari bro Aizoul, thanks bro for the awards...hiks, perkenalan melalui web GENG SAYaP, 1st pertemuan di Ulu Yam haritu, bro mmg happening!!..hiks...thanks!!, menyambut entry beliau yang ke-200!!...fuh!..cayalah!..xD


p/s : Ada sesiapa mahu kasi awards lagi? hiks, btw ada awards yg ku tertinggal?, sila inform ea =D
Layans...
=P
xD

[A]wards-[A]wards!

by on 6:30 PM
UPDATE Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera Uols Hiks, yeah!, sekarang musim ber awards! bak kate kak Heze , hehehe, yups, rasenya ...