Rasa Hebat Aroma Chicken Di Restoran A&W !

/ 10:10 AM
Chicken Fiestaaa  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Pada 29 Oktober 2017 yang lalu ku berpeluang ke Restoran A&W untuk membuat satu 'Product Review' yang pasti bakal menjadi kegemaran untuk anda semua. Untuk pengetahuan anda, Restoran A&W  di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur merupakan Restoran 'Fast Food' yang pertama dibuka di Malaysia.

Ianya dibuka pada 31 Oktober 1963 telah menjadi tempat kenangan pastinya orang ramai yang pernah makan di A&W Batu Road ini. Kini A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk signature mereka yang terkenal sehingga kini seperti RB Float yang dahulunya dikenali sebagai Root Beer Float, Beef Coney dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah berubah rasa sejak ia diperkenalkan. 

Chicken Fiestaaa

Tipulah dalam seumur hidup anda tidak pernah ke Restoran A&W hehe. Bila lihat sahaja Restoran A&W ini pasti akan teringat minuman yang cukup terkenal iaitu RB Float yang sangat sedap dan mengancam ini. Memang tidak dapat dilupakan rasanya. Air sarsi lain belum tentu dapat menandingi rasa RB Float ini hehe. 

UOWT4836

Okay baiklah, berita baik kepada semua peminat Ayam Goreng terutamanya Ayam Goreng di A&W. Sekarang A&W Malaysia sedang mengadakan promosi Chicken Fiesta. Almaklumlah A&W selaku restoran perkhidmatan segera atau fast food yang pertama dibuka di Malaysia bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. 

Ayam goreng mereka adalah Golden Aroma Chicken untuk ayam goreng yang original tidak rasa pedas tetapi rangup diluar. Bagi Spicy Aroma Chicken pula rasa ayam goreng yang pedas tetapi sedap hehe. Kini anda boleh memilih mengikut citarasa sendiri dengan pilihan ayam goreng Golden Aroma Chicken ataupun Spicy Aroma Chicken. 

IMG_2042 IMG_2043 IMG_2044

Bagiku sendiri suka Spicy Aroma Chicken, pedasnya memang menambahkan lagi nikmat untuk makan ayam goreng A&W ini hehe. Kalau anda nak tahu pedasnya macam mana? kena datang ke Restoran A&W Malaysia dan mencubanya sendiri. Lagi sedap apabila untuk hilangkan pedas sambil minum RB Float yang terkenal itu. 

A&W kali ini menyediakan Set Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken yang akan dihidangkan bersam RB Float dalam kombo dua (2) ketul ayam, enam (6) ketul ayam dan sembilan (9) ketul ayam goreng bermula pada harga RM15.45 sehingga RM53.99. Pelbagai jenis set yang boleh dipilih mengikut citarasa. Janganlah asyik benda yang sama aje hehe.

Chicken Fiesta Chicken Fiesta Chicken Fiesta Chicken Fiesta

Selain itu, promosi Chicken Fiesta ini juga didatangi dengan beberapa menu 'add on' daripada daging ayam juga iaitu Chicken Poppers. Chicken Poppers ini yang berbentuk seakan-akan seperti popcorn ayam goreng datang dengan sos istimewa mereka. Chicken Poppers dengan hanya RM5.30 sahaja sesuai untuk kanak-kanak.

Menarik bukan? tambahan pula promosi Chicken Fiesta yang telah pun berlangsung dari 7 November yang lalu sehingga hujung Disember itu nanti pasti anda tertarik dengan A&W Limited Edition RB Mug yang hanya boleh didapati di cawangan A&W Malaysia sahaja dengan hanya RM49.90 sahaja !

IMG_2041

Sedikit tips jika anda membeli A&W Limited Edition RB Mug dan mahukan rasa seperti minum di Restoran A&W adalah meletakan RB Mug tersebut didalam peti sejuk beku seharian. Kemudian baru anda keluarkan dan tuangkan air RB bersama Float Vanilla. Serius akan rasa sama minum di Restoran A&W. 

Tunggu apa lagi sementara promosi ini sedang berlangsung dan pergi ke mana-mana cawangan A&W Malaysia yang berdekatan dengan anda sebelum ianya berakhir hujung tahun ini. Selamat Mencuba. 

IMG_2046 Chicken Fiesta

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari :-

Web : www.anwmalaysia.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/anwmalaysia
Facebook : https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial
Twitter : https://twitter.com/anwmalaysia

Continue Reading
10  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kita seringkali tahu setiap tahun pada 11 November merupakan tarikh yang sangat keramat kerana ianya merupakan tarikh Jualan atau SALE telah pun bermula di mana-mana sahaja yang mengadakan jualan. 11.11 nombor yang cantik bagi permulaan dimana orang-orang dapat berbelanja dengan diskaun besar-besaran dengan penawaran-penawaran eksklusif secara Online.

Okay baiklah, anda mesti ternanti-nanti apa yang bakal ditawarkan pada tarikh 11.11 atau 11 November 2017 yang akan tiba tidak lama lagi. Di sini ada kempen paling istimewa buat mereka yang suka berjalan di dalam negara mahupun di luar negara. Semestinya anda mencari harga tiket penerbangan yang murah dan lagi berbaloi.

Pada tarikh kemuncak 11.11 itu nanti, Traveloka juga akan melancarkan kempen promosi khas untuk tiket penerbangan kemana sahaja destinasi anda ingin pergi untuk bercuti atau bekerja. Jangan risau, Traveloka telah bekerja sama dengan lebih daripada 48 pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk membawa anda ke mana sahaja destinasi anda yang ingin dituju.

Sangat menarik tu, bukan selalu nak dapat promosi khas lagi-lagi dari sektor untuk tiket penerbangan. Salah satu syarat untuk membeli tiket penerbangan dengan Traveloka ini adalah minima 2 pax unutk tiket penerbangan pergi dan balik. Lagi memudahkan anda untuk menjejaki di mana dan bila penerbangan anda dan tidak mengelirukan.

1

Kempen promosi khas ini dari Traveloka bermula awal satu hari iaitu pada 10 November ini anda boleh pilih untuk Travel di mana-mana sahaja lokasi yang menjadi pilihan anda. Tidak kira di dalam negara atau di luar negara dan yang paling penting mengikut destinasi pilihan serta bajet duit poket anda hehe. Tapi jangan risau pada tarikh promosi Traveloka itu nanti pasti anda tersenyum lebar.

Ku sendiri ingin tahu dan mencuba untuk membeli tiket penerbangan melalui laman sesawang Traveloka ini. Ku mahu merasai membeli tiket promosi yang cukup berbaloi ketika anda membeli tiket penerbangan selain membeli secara dalam talian di laman sesawang yang kebiasaaanya kita guna untuk membeli tiket penerbangan hehe.

NAK BELI TIKET KE MANA NI?

Ku sendiri mahukan satu percutian yang indah bersama isteri, almaklumlah hujung tahun semakin tiba dan sepanjang tahun ini kami asyik bekerja keras mencari rezeki. Apa salahnya untuk pergi bercuti bukan? Kami suami isteri memang ada rancangan untuk ke suatu tempat ini. Walaupun hanya di dalam negara, tapi kami tidak pernah sampai lagi ke situ. Mari kita lihat dan perhati cara-cara nak beli tiket penerbangan di Traveloka. Tempah hotel melalui Traveloka pun boleh hehe.

Okay baiklah, langkah pertama yang diperlukan ialah buka laman sesawang Traveloka dan klik pautan ini -- > https://www.traveloka.com/en-my/ . Untuk memudahkan pembelian tiket penerbangan anda boleh mendaftar untuk menjadi ahli dan ianya percuma ! hehe. Jika anda mahu tempah melalui aplikasi Traveloka pun sangat memudahkan kerja anda hanya di hujung jari untuk membuat tempahan.

2

Mendaftar sebagai ahli Traveloka sangat mudah. Hanya memerlukan nombor telefon terkini anda atau alamat email yang aktif dan mudah dihubungi. Apabila anda mendaftar sebagai ahli Traveloka itu nanti banyak faedah yang eksklusif yang bakal anda rasai lebih awal daripada mereka yang menggunakan Traveloka tetapi tidak mendaftar.

3

Seperti contoh gambar di atas, benefits yang utama jika anda mendaftar sebagai ahli Traveloka. Anda dapat memantau harga tiket penerbangan yang paling anda mahukan. Dapat menguruskan tempahan seperti minta bayaran balik untuk tempahan anda atau menjadualkan semula penerbangan anda, semua dalam aplikasinya. Pengalaman tempahan yang lebih memudahkan seperti tidak lagi mengisi maklumat penumpang dan kad berulang kali. Dan akhir sekali yang paling penting keselamatan data anda ketika membuat tempahan tiket penerbangan ataupun membuat pembayaran secaran dalam talian.

4

Tahniah ! saya dan anda telah menjadi ahli Traveloka dan tak sabar untuk mencari tiket penerbangan yang di inginkan serta dapat menikmati faedah-faedah diberikan kepada anda. Tapi amat lagi berbaloi jika menunggu pada tarikh keramat 10 & 11 November 2017 pun berbaloi juga kerana memang tengah promosi istimewa pun khas untuk saya dan anda hehe.

5

Teringin nak ke Negeri di Bawah Bayu seperti Sabah dan Sarawak, seumur hidup belum pernah lagi ke sana. Kami telah membuat keputusan untuk ke Kota Kinabalu dan merasai pengalaman bercuti di sana walaupun hanya di dalam Negeri hehe.

Melalui aplikasi atau web Traveloka ini anda boleh dapati serta memilih senarai negeri dan negara mana yang menjadi pilihan hati anda. Promosi 11.11 Traveloka ini tidak terhad dan anda boleh pilih untuk ke mana-mana sahaja dengan syarat pembelian minimum 2 pax atau 2 orang. Lagi lebih lagi meriah berjalan bersama keluarga atau kawan rapat hehe.

6

Selepas aje memilih lokasi yang diingin pergi bercuti, di sini anda boleh memilih tarikh, harga dan syarikat penerbangan mana yang menjadi pilihan hati. Seperti yang ku sebut sebelum ini Traveloka telah bekerja sama dengan lebih daripada 48 pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk membawa anda ke mana sahaja destinasi anda yang ingin dituju.

78

Ku yakin bila tiba hari Online Sales 11.11 itu nanti mereka akan berusaha untuk anda mencari tiket penerbangan dengan harga yang terbaik untuk anda. Siapa rajin mencari dialah yang akan dapat harga yang terbaik. Tak sabar rasanya nak tunggu 11.11 ini hehe.

9

Paling penting adalah dari segi pembayaran untuk membeli tiket penerbangan anda. Pembayaran dengan menggunakan Traveloka ini amat mudah kerana mereka bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan pembayaran yang paling boleh dipercayai untuk memastikan setiap transaksi anda itu nanti berjalan lancar dan bebas daripada sebarang kebimbangan.

Okay jangan lupa sejak ramai diantara anda yang tahu jualan secara dalam talian besar-besaran akan berlangsung pada 11.11 atau 11 November ini. Jangan lepaskan peluang untuk anda sebagai pembeli menikmati diskaun terbaik lagi-lagi Traveloka mengadakan dan melancarkan kempen promosi khas untuk tiket penerbangan kemana sahaja destinasi anda ingin pergi untuk bercuti bersama keluarga mahupun untuk bekerja.

Apa lagi, bersiap sedia untuk merancang percutian anda dari sekarang sehingga tiba 10 & 11 November 2017 ini untuk anda memilih dan membeli tiket penerbangan ke mana sahaja destinasi anda secara dalam talian. Dengan kempen khas yang dianjurkan ini bukan datang selalu dan ambil peluang ini dengan kadar hingga dapat memuaskan hati anda.

Akhir sekali, anda boleh membuat tempahan melalui web dengan pautan PROMOSI 11.11 ini --> https://www.traveloka.com/en-my/promotion/1111 mahu melalui aplikasi Traveloka yang hanya boleh di muat turun secara percuma.

Go to Promo Link :-
MAKE 11.11 FLY ! 
IMG_1677  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 23 Oktober 2017 yang lalu, ku berpeluang makan tengah hari bersama dengan pengacara Jalan-Jalan Cari Makan Nazrudin Habibur Rahman atau lebih mesra dikenali dengan Abang Naz serta dengan rakan-rakan media lain di sebuah Restoran Thai Baan Kanom Jeen yang terletak di Empire Damansara. 

Dalam sesi lepak makan tengah hari bersama dengan hos Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Abang Naz adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jalan-Jalan Cari Makan Awards 2017. Ini merupakan berita sanga baik kepada komuniti yang sangat cintakan dan minat terhadap makanan ! 

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kini memperkenalkan 'JJCM Makan Awards' buat julung-julung kalinya. Penganjuran JJCM Makan Awards sebegini dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti peminat makanan alam maya mengiktirafkan tempat makan kegemaran kalian masing-masing di sekitar Lembah Klang. 

IMG_1709

Ini merupakan berita baik untuk komuniti 'Foodie' alam maya. Kita selalu menonton JJCM di televisyen yang menentukan di mana terdapatnya makanan yang sedap dan berbaloi untuk dikunjungi. Kini kalian sendiri boleh mengundi tempat makanan mana yang menjadi kegemaran kalian untuk lepak makan dan minum.

7 Kategori telah diadakan merangkumi 8 menu kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Hasil pemenang untuk setiap kategori di adili dari segi elemen popular dan terbaik. JJCM Awards menggunakan format permarkahan 50 % undian rakyat Malaysia dan 50 % lagi dari juri profesional yang terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan yang akan diumumkan kelak.

Setiap kategori pencalonan telah pun disenaraikan pendek hasil daripada cadangan kalian yang menggunakan aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. Antara 7 kategori makanan kegemaran yang telah disenarai pendekkan ialah :-

Undian

  • Nasi Lemak Popular

    -Nasi Lemak Bumbung - Village Park - Nasi Lemak Tanglin - Nasi Lemak Antarabangsa - Nasi Lemak Famous

  • Nasi Kandar Popular
    - Zainul Nasi Kandar - Mohd Yaseem Nasi Kandar - Restoran Kudu bin Abdul - Suberi Nasi Kandar - Restoran Ibramsha Nasi Kandar

  •  Kuey Teow Basah Popular
    - Mali's Corner - Mamu Penang Char Kuey Teow - Mie Cord Char Kuey Teow - Sany Char Kuey Teow

  • Sate Popular
    - Sate Kajang hj Samuri - Willy Satay - Satay Zainah Ismail - Hj Senen Satay - Zaini Satay

  • Cendol & Rojak Popular
    - Cendol SS15 Subang - Rojak & Cendol Din - Rojak Bellamy - Rojak & Cendol Shah Alam - Sulaiman's Famous Cendol & Rojak

  • Ikan Bakar Popular
    - Sambal Hijau - Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy - Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin - Restoran Ikan Bakar FEND - Restoran Arang Ikan Bakar

  • Burger Kaki Lima Popular
    - Brader John Burger - OM Burger - Yazid Burger - Tajima Burger Bangi - The Burger Shop

Pengundian telah pun bermula mulai HARINI 1 November 2017 sehingga 24 November 2017. Undian boleh di buat menerusi laman sesawang http://www.jalanjalancarimakan.com.my . Disitu kalian akan dapati setiap kategori seperti di atas ada pencalonan awal yang telah disenarai pendek. Ku sendiri tengok pun memang setiap kategori lokasi makanan memang sedap-sedap belaka hehe.

Syarat dan Peraturan Undian
  •  Anda hanya boleh memilih SATU (1) calon tempat makan BAGI SETIAP KATEGORI MAKANAN dengan menekan butang berbentuk hati. 
  • Anda dibenarkan mengundi SATU undian bagi setiap kategori makanan setiap hari 
  • Undian anda menyumbang kepada 50% jumlah pemarkahan sementara 50% lagi adalah berdasarkan penjurian profesional. 
  • Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau/dan rayuan tidak akan dilayan. 
  • Undian dibuat menerusi laman sesawang, www.jalanjalancarimakan.com.my. 
  • Tarikh tutup undian pada 24 November 2017, jam 11.59 malam.

Kalau kalian ingin tahu, bagi mereka yang masih belum lagi memuat turun Aplikasi JJCM ini bolehlah membuat sedemikian. Ini kerana Aplikasi JJCM ini telah pun menemui pengguna pada akhir 2015 dan sehingga kini. Telah mencatat lebih dari 250 ribu muat turun. 

Kelebihan Aplikasi JJCM ini setelah pengguna mendaftar akaun mereka ini boleh memuat naik komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi dan ini sekaligus membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makanan tersebut melalui Aplikasi JJCM ini. 

IMG_E1856
Jika penggemar makanan ini sesat untuk mencari lokasi tempat makan yang ingin dituju ? Fungsi carian membolehkan melihat senarai restoran yang berhampiran dengan GPS mereka. Sekira pengguna berada di Kuala Lumpur, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat pilihan JJCM yang berada di radius Kuala Lumpur. Menarik bukan hehe. 

Untuk pengetahuan semua, Aplikasi JJCM juga bukan sahaja memaparkan tempat makanan yang dikunjungi produksi rancangan JJCM sahaja, malah pasukan editorial aplikasi JJCM juga ke tempat-tempat makan lain yang menarik yang dicadangkan oleh orang ramai. Ini bagi memudahkan lagi kalian untuk mendapat informasi mengenai restoran-restoran lain yang berdekatan dengan anda. 

Okay baiklah, jangan lupa sekali lagi untuk undi kategori pilihan kegemaran anda  menerusi laman sesawang http://www.jalanjalancarimakan.com.my. Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif JJCM Makan Awards dan hadiah wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak pada bulan Disember 2017 nanti. 

IMG_1707

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 7 Oktober 2017 ku berkesempatan ke Sunway Lagoon Nights of Fright 5 (NOF 5) merupakan tahun ke - lima (5) Sunway Lagoon mengadakan acara sebegini. Kembalinya  NOF 5 akan membawa anda kepada tarikan baru dan pengalaman serta beberapa kegemaran seram klasik untuk keghairahan adrenalin yang lebih berani.

Seperti contoh kembalinya hantu klasik yang sering kita takuti pada zaman kanak-kanak mahupun sekarang seperti Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse dan Horrorwood Studios. Bagi sesiapa yang penakut itu untuk merasa pengalaman sebegini harus pergi ke NOF 5.

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5 eazyizzuddin.com/NightsOfFright5

Tarikan yang terbaru yang dipersembahkan pada kali ini ialah The Island of the Dolls yang merupakan replika tarikan pelancong yang tidak disengajakan di Mexico yang dipenuhi dengan anak patung yang menyeramkan.

Kalian juga boleh cuba tarikan yang menakutkan diilhamkan dari horror movie Ouija yang merupakan rumah pertama ku lalui. Kadang teruja, kadang rasa takut juga kerana semasa memasuki penuh dengan adegan jerit menjerit hehe.

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5

Okay baiklah, terdapat juga beberapa attraction terbaru di Night of Fright 5 di Sunway Lagoon yang telah pun berlangsung dari 7 Oktober 2017 sehingga 31 Oktober 2017. Dibuka dari pukul 7:30 petang sehingga 11:30 malam. Jumaat hingga Ahad.

Kalau buka lewat malam pun bagus juga hihi. Tiket berharga RM64 untuk seorang. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web https://sunwaylagoon.com/ atau https://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5
2084590_17031009070051464951  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berbalik kepada entry yang lalu mengenai Fun Drive To Ipoh 2017. Semasa program tersebut berakhir. Penginapan kami ditaja oleh Selangor Tourism Association iaitu menginap di salah satu Motel yang sangat strategik di Ipoh ini iaitu M Motel yang terletak di Meru, Ipoh. Untuk ke sini tidaklah sukar mana kerana ianya terletak betul-betul di tepi Lebuhraya Ipoh. 

Okay baiklah, M Motel yang bewarna merah jambu ini sangat menarik perhatian kami kerana walaupun ianya digelar sebagai Motel, tetapi fasiliti yang di sediakan seperti berada di Hotel.

m_motel_meru (1)

Setiap bilik yang ada menyediakan fasiliti yang basic untuk kegunaan sementara kita tinggal di M Motel ini seperti penyaman udara, televisyen, peti ais, meja, pemanas air, cawan, iron, dan pemanas air di dalam bilik air, serta katil mengikut pilihan kalian sama ada single, berkembar mahupun Queen.

M Motel juga terletak di kawasan yang sangat strategik kerana berdekatan dengan lebuhraya untuk ke Utara dan Selatan Tanah Air. Kawasan sekitarnya juga amat memudahkan untuk ke Mydin Mall, Lost World of Tambun, MAPS, serta untuk ke Pusat Bandaraya Ipoh.

Kami dapat bilik single bed twin, dan terdapat juga bilik yang boleh berhubung dengan bilik sebelah. Ia amat sesuai bagi mereka yang datang dalam keluarga yang besar dan mahukan dua bilik yang bersambung supaya tidak terasa terasing dengan ahli keluarga yang lain. Tapi harus membuat tempahan yang lebih awal dan paling penting biliknya sangat selesa bersih pada harga yang amat berpatutan.

Fun Drive To Ipoh Fun Drive To Ipoh

Sekiranya kalian ke Ipoh dan mahu berehat sebentar boleh ke M Motel Meru Ipoh sebagai tempat penginapan anda. M Motel ini yang baru sahaja di buka pada Hari Raya yang lalu dan promosi bilik hotel serendah RM35 masih lagi berlangsung. Murah bukan? hehe.

m_motel_meru_7 M Motel Meru

Alamat: Jalan Meru Utama A2, No. 18 & 20, Ipoh Perak
Google Map: M Motel at Meru
Telefon: 013-4143 488

p/s: gambar kredit kepada http://www.byrawlins.com/